Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- “Saya Dah Try Mesej Call Dia”

by Nurul A.
October 2, 2025
Foto - Azni Rahim Faraz Media (FB) / @sumudnusantaraofficial (IG)

Foto - Azni Rahim Faraz Media (FB) / @sumudnusantaraofficial (IG)

Share on Facebook

Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana, Muhammad Yusuf Bahrin meluahkan rasa bimbangnya apabila mengetahui isterinya telah menjadi tawanan Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Untuk pengetahuan semua, Zizi telah menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza, Palestin.

View this post on Instagram

A post shared by Sumud Nusantara (@sumudnusantaraofficial)

Memetik kenyataan Yusuf di Kosmo, pelakon itu memberitahu bahawa dia telah berhubung buat kali terakhir dengan isterinya sekitar jam 1.40 pagi hari ini sebelum talian komunikasi terputus.

“Kita sama-sama tak tidur malam ni. Saya rasa dah buang telefon sebab tak dapat nak hubungi dia dah, saya cuba mesej dan call. Status kapal Zizi kali terakhir adalah kecemasan. Setakat ni saya cuba sedaya upaya untuk kuatkan semangat di sini, doa banyak-banyak. Kali terakhir berhubung pada 1.40 pagi tadi.”

View this post on Instagram

A post shared by Sumud Nusantara (@sumudnusantaraofficial)

Pada masa yang sama, Yusuf juga menjelaskan bahawa misi GSF adalah satu bentuk usaha kemanusian yang melibatkan pelbagai agama dan bangsa, serta ia bukannya bertujuan untuk peperangan.

“Kalian kena tolong spam video. Semoga apa yang kita buat hari ini dapat buka mata sesiapa yang masih neutral. Dalam misi ini bukan semua orang Islam, ada yang bukan Islam. Jadi dekat sini nak tunjukkan maksud misi kemanusiaan tak kira bangsa dan agama. Mereka punya misi untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat G (Gaza). Bukan nak pergi berperang.”

View this post on Instagram

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Yusuf juga tidak dapat menahan sebak apabila memberitahu bahawa penduduk Gaza termasuklah kanak-kanak telah menunggu ketibaan GSF di tepi pantai.

“Saya yang sedihnya, orang-orang dekat G dah tunggu tepi pantai termasuk budak-budak kecil. Itu yang ralat sikit. Mereka tiada apa tapi tetap nak sambut pasukal Flotilla. Mereka punyalah baik dan gembira dapat tahu dunia tak sisihkan mereka.”

Untuk rekod, Zizi Kirana antara 12 rakyat Malaysia ditawan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Bot Zizi Kirana Ke Gaza Jadi Sasaran Serangan Dron- "Alhamdulillah Api Berjaya Dipadamkan.."
gazaglobal sumud flotillagsfisraelpalestinYusuf Bahrinzizi kirana
https://lomp.at/v27pz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara