Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Doakan, Itu Penting!” Rakyat Muar Doa Syed Saddiq Cepat Nikah

by Arsiqin Yusof
July 18, 2025
Share on Facebook

Satu momen mencuit hati telah tular di media sosial apabila beberapa rakyat Muar secara berseloroh namun penuh ikhlas, mendoakan agar Ahli Parlimen mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, segera bertemu jodoh.

Baru-baru ini, sebuah video dimuatnaik di Instagram @amir_fiqri memaparkan Syed Saddiq turun padang untuk membantu rakyat Muar. Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah gurauan antara wakil rakyat itu dengan penduduk setempat.

View this post on Instagram

A post shared by Amir Fiqri (@amir_fiqri)

Video yang dikongsikan menerusi Instagram menunjukkan suasana santai dan mesra antara Syed Saddiq dengan rakyat setempat yang hadir dalam satu pertemuan kasual. Dalam video tersebut, beberapa orang warga Muar dilihat memberikan doa yang baik untuk beliau, termasuk mendoakan beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan… cepat nikah!

Doa tersebut nyata mencuit hati ramai dan mencetuskan gelak tawa dari sekeliling. Namun, Syed Saddiq menerima ucapan itu dengan penuh positif dan rendah hati.

“Doakan, tolong doakan. Itu yang penting.” Balas Syed Saddiq.

Netizen turut mendoakan…

Di ruangan komen, pula penuh dengan doa dan pujian untuk Syed Saddiq. Warganet memuji keprihatinannya kerana turun padang sendiri membantu rakyat Muar walaupun beliau tiada peruntukan kerajaan untuk diagihkan, beliau tetap ke sana untuk memberikan bantuan daripada hasil kudratnya sendiri.

Respon spontan dan keikhlasan beliau sekali lagi memperlihatkan keperibadian yang disenangi masyarakat. Warganet di ruangan komen juga tidak ketinggalan berseloroh dan “merestui” doa-doa rakyat Muar itu. Ada yang sudah sedia tahu siapa calonnya, ada juga yang meninggalkan komen lucu.

“Calon dah ada, tarikh je belum pasti”

“Kami pun doakan sama YB cepat kawen ni”

“Saya sokong doa makcik!”

“Amboi, laju YB balas eh”

“Part cepat nikah, kami doa ramai-ramai”

“Jangan risau, kami pun tolong doakan sekali ni”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan YB dunia dan akhirat”

Setakat ini, video tersebut telah meraih ribuan tontonan dan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai yang memuji keakraban Syed Saddiq dengan rakyat serta mendoakan agar beliau terus maju dalam kerjaya dan urusan peribadinya.

Kalau dah ramai mendoakan, mungkin jodoh YB Syed Saddiq makin dekat, siapa tahu?

[VIDEO] Gelar Ara Manja, Bella Astillah Mahu Kurang Berjumpa Syed Saddiq
Bella AstillahDoanikahsyed saddiq
https://lomp.at/70ggd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara