Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Drama “Pondan Itu” Erma Fatima Tuai Kecaman, Pelakon Kena Hentam?

by Nurul A.
September 8, 2025
Foto - Kosmo

Foto - Kosmo

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama penerbit dan pengarah popular tanah air, Erma Fatima menjadi perbualan ramai apabila drama terbarunya, yang bertajuk “Pondan Itu” didakwa berkisarkan tentang golongan transgender dan percintaan.

Isu tersebut menjadi perhatian dan bualan hangat apabila Erma, atau nama penuhnya Fatimah Rahmad Ali, berkongsi teaser drama itu menerusi akaun Instagram peribadinya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/PONDAN-ITU.mereka-juga-manusia-biasa.-Apabila-karya-berbicara-hanya-drama2-di-Karya-Reels.mp4

“PONDAN ITU… Mereka juga manusia biasa,” tulis Erma di bahagian kapsyen.

Difahamkan, drama terbaru Erma itu bakal ditayangkan di platform digital Karya TV Official termasuklah Instagram, TikTok dan juga YouTube, yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Foto – @ermafatima (IG)

Perkongsian pengarah dan penerbit itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial, di mana ramai yang menyatakan rasa kurang senang mereka apabila melihat golongan pondan dan transgender diketengahkan. Bukan itu sahaja, ada yang berpendapat bahawa drama tersebut tidak sesuai dengan budaya dan juga norma masyarakat di Malaysia.

“Kata banyak pergi kelas ilmu agama. Tapi keluar jugak cerita begini. Ke tak belajar betul-betul?”, komen @fox.car.rental.

“Fuh lepas burukkan jubah dan serban, dia mari promot LGBT pulak”, komen @azmanson.

“Macam dah ketandusan pelakon pulak. Lagi diangkat yang sebegini lagi la makin membiak. Yang dah berpengalaman lebih matang pun tak boleh pikir jauh. Supporter ke? Dok angkat orang tah paper. Sebelum offer tawaran tu check dulu sape”, komen @andyka_pyana.

Foto – @ermafatima (IG)

Pada masa yang sama, Erma juga dikritik hebat apabila ada sesetengahnya mendakwa salah seorang pelakon transgender dalam drama “Pondan Itu” didakwa terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“Pelakon maknyah tu dah banyak video dia main dengan jantan dan jual dekat telegram. Mungkin gara-gara filem ini makin banyak lagi aib-aib orang akan terbukak, silap-silap ada yang kahwin dan mungkin bercerai. Kecewa dengan Kak Erma, Kak Erma nak nampak bagus nampak baik tapi cara yang salah”, komen @lydia.naili.

“Kenapa angkat golongan pondan macam ni jadi artis? Dia (Erma) tak tahu ke pondan menyanyi tu ada account darkside siap jual dan promosikan video-video berjimak dengan jantan kat Twitter dan Telegram? Ayo makin rosak industri hiburan negara macam ni kena pada tangan yang salah”, komen @nurul_bynoon.

Menjawab persoalan netizen, Erma enggan mempercayai sebarang tuduhan tanpa bukti yang sah mengenai aktiviti tidak bermoral oleh pelakon transgender tersebut. Malah dia menasihati orang ramai untuk tidak melemparkan fitnah terhadap orang lain.

[VIDEO] Umie Aida Menyakat Mak Semah Buatkan Netizen Terhibur!-"Cakap Love You Too Dulu"

Sekadar info, drama “Pondan Itu” bakal ditayangkan tidak lama lagi dan turut dibintangi oleh Hariz Hamdan, Hany Manja serta juga Datuk Tamimi Siregar.

datuk tamimi siregarerma fatimahany manjaHariz Hamdanpondan itu
https://lomp.at/bns3m
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara