Pelakon, Fazura tampil bersuara selepas melihat video majlis perkahwinan bekas suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin bersama penyanyi, Amira Othman pada September lalu.
Menerusi video yang sudah dipadam oleh netizen di Thread, dapat dilihat salah seorang individu yang dikatakan pengurus kepada Fattah sedang bergambar bersama setelah selesai majlis perkahwinan tersebut.
“Dia Bukan Objek! Dia Anak Saya!!..”

Walaubagaimanapun, lain pula reaksi pelakon, Fazura yang mempersoalkan adakah pengurus Fattah mahu ‘biarkan’ anak perempuannya, Fatima yang sedang duduk di belakang mereka ketika sesi bergambar sedang berlangsung.
Tegas Fazura, Fatima bukanlah sebuah objek dan kanak-kanak itu adalah anak perempuannya.
“Any lips reader here?. Yang kiri sekali tu cakap apa? ‘Biar je dia kat situ?’. Dia bukan objek! Dia anak saya!!.”-tegas Fazura di Thread

Tambah Fazura, dia yang baru pertama kali meliat video tersebut meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya itu dilayan sedemikian rupa.
“Saya minta maaf tapi lillahitaala ini pertama kali saya menonton video ini! Bagaimana? Apa? Itu dilakukan kepada anak saya??-tambah Fazura lagi
Peminat Beri Kata-Kata Semangat!
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Fazura, malah ada yang turut mencadangkan agar Fazur menyimpan video tersebut sebagai bukti yang boleh digunakan di mahkamah.
“I would never bagi orang treat my child macam ni! Bukti ni simpan tunjuk kat court, even in public Fatima being treated like this from the other side, Allah dah buka mata banyak dah sekarang, i feel your disappointment n sadness 😭😭 ya Allah”
“Hi Faz. Spekulasi sebelah sana cakap the ex save video you untuk jadi bukti di court nanti, and please do save this video. The video clearly shows that your child is upset!!”
“Takpe Faz.. Allah ada.. Bukti jelas tu ada.. Yamma pun bkn selamanya kecik.. Korg tunggu dia besar nnti…”
Baru-baru ini tular di media sosial apabila Fattah mengambil tindakan undang-undang terhadap Fazura yang didakwa melanggar hak lawatan anak mereka, Fatima.






