• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Gelagat Izara Aishah ‘Spill The Tea’ Perangai Sebenar Siti Nurhaliza Di TikTok

Kejadian comel ini berlaku masa Izara tengah fokus buat tutorial dan berniaga dalam satu sesi live.

by Zaidin Albert
July 22, 2025
Share on Facebook

Izara Aishah memang tak boleh simpan rahsia lama-lama, bila tengah live jual barang di TikTok, terus dia spill the tea pasal perangai ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, atau lebih glamor di rumah dengan nama Mak Iti.

Mak Iti muncul dalam live

Kejadian comel ini berlaku masa Izara tengah fokus buat tutorial dan berniaga dalam satu sesi live. Tiba-tiba, Mak Iti muncul dalam live, kononnya nak tengok. Tapi Izara cepat je ‘kantoi’ perangai sebenar mentuanya tu.

“Mak Iti tu baru balik event tu, sebenarnya dia tengah shopping tu, bukan tengok live pun. Dia cepat teracun beli barang kat TikTok. Kadang beli barang merepek… stokin la, krim putih ketiak lah…”

Habis semua rahsia terburai. Mak Iti yang tengah dengar pun tergelak sambil balas manja:

“Jangan citer kat orang, cheq…”

Netizen yang menonton live tu pulak tak berhenti gelak dan terus berkongsi pengalaman mak-mak mereka sendiri yang sama spesis dengan Mak Iti , suka scroll, suka checkout, suka COD.

@kowpie.latteeee

#izaraaisyah #izara #makiti #ctdk

♬ original sound – Coffee Latte ☕️ – Coffee Latte ☕️

Antara komen paling win:

“Tak yah cakap Mak Iti, mak mertua saya pun sama… scroll scroll check out, scroll scroll check out… yang geramnya check out COD. Kalau check out bayar terus takpe jugak. 😂 Dah satu kerja nak cari cash bila barang sampai.”

“Biduanita pun shopping kat TikTok… maknanya semua perempuan Malaysia memang mudah teracun!”

Siapa sangka biduanita negara pun boleh terpedaya dengan krim putih ketiak dan stokin TikTok, kan? Memang sweet tengok Mak Iti dengan Izara, bukan setakat mak mentua dan menantu, tapi juga geng shopping satu kapal!

Kalau Mak Iti pun boleh terjebak dengan ‘racun’ TikTok, apatah lagi kita rakyat marhaen ni. Lepas ni kalau nampak stokin glow-in-the-dark atau krim lutut kilat, jangan pelik kalau terus masuk troli.

Kalau anda belum kenal, Izara Aishah ialah pelakon, model dan usahawan terkenal yang mula mencuri perhatian sejak menyertai Dewi Remaja 2009/10. Selain wajah cantik dan bakat lakonan yang hebat, Izara juga terkenal dengan personalitinya yang bersahaja dan kelakar. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Adib Khalid, anak tiri Siti Nurhaliza, sejak 2017.

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut
izara aishahsiti nurhaliza
https://lomp.at/70e55
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Via Freepik
Berita

Grab Disalah Anggap Sebagai ‘Ambulans Tidak Rasmi’?

by Iffah Najwa
December 16, 2025

Satu perkongsian tular di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengguna mendakwa perkhidmatan e-hailing gagal membantu dalam situasi...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore