Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Gelagat Pak Nil Masak Cucur Udang Dalam Hotel, Curi Perhatian Ramai!-“Sedapnyaa Tengok Tu”

by Jash Lee
February 19, 2025
Share on Facebook

Siapa yang tidak kenal dengan Yang Berbahagia Datuk Aznil bin Haji Nawawi PMW atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, merupakan seorang pengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur dan penyampai radio di Malaysia. Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Memulakan kerjaya dalam bidang penyiaran, Pak Nil terlibat dalam berita. Beliau kemudian mengacara rancangan permainan Pop Kuiz. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?. Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro, antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia, Tom Tom Bak dan banyak lagi.

“Cucur Udang Yang Kedekut Tepung Tapi Udang Banyak, Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @bismieamer0 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 481 ribu, tanda suka sebanyak 18 ribu dan sebanyak 239 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Pak Nil yang memasak cucur udang di dalam hotel ketika berada di Mekkah. Pak Nil mengatakan bahawa beliau tidak boleh makan makanan yang ada di sana untuk tempoh yang lama kerana pasti akan mencari atau memasak juadah Malaysia juga.

@bismieamer0

“Cucur Udang Tak Nampak Tepung Paknil” Bismie ni jarang balik Malaysia, rezeki Bismie kali ni dapat lagi bersama Paknil @Datuk Aznil Nawawi kat Mekah.. macam biasa, kalau Paknil mai mesti Paknil kan bawak sekali “Periuk Ajaib Paknil” tu!!! ? Apa lagi??? Bismie request lah kat Paknil.., “Paknil gorenglah apa2, masaklah apa2 pleaseeeee” ??? So tadaaaaaaaaaaaaaa… Thank You Paknil Anti Gagal !!! jadikkkkkkk

♬ original sound – Bismie Amer – Bismie Amer

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa cucur udang yang dibuat Pak Nil itu kelihatan sangat sedap.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-"Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak..."
Datuk Aznil Haji Nawawipak nil
https://lomp.at/e5y11
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Spotlight

“U Rasa Indonesia Bagus Sangat Ke?”- Allan Anderson Ditegur Aktres Veteran Malaysia

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara