Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat ‘Random’ Ella Kucup Bibir Suami Buat Ramai Senyum Sendiri

by Phic ARMAN
February 16, 2026
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Momen manja antara ratu rock Malaysia, Ella dan suaminya, Azhar Husaini Ghazali, kembali jadi bualan hangat netizen selepas satu video tular di TikTok. Dalam klip yang dikongsikan oleh akaun @leeyabayieng itu, ratu rock berkenaan kelihatan santai bergurau sambil makan bersama kakaknya, Jojie. Namun apa yang paling mencuri perhatian apabila Azhar tanpa segan silu menghadiahkan ciuman di bibir buat isterinya. Alahai, romantik betul!

Rata-rata netizen yang menonton terus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi majoritinya rasa sweet, malah ada yang siap cemburu.

Antara komen yang mencuit hati:

“aku pernah semanja ella, namun ujian datang tanpa ku duga dan kemudian ku bertukar menjadi singa”

Ada juga yang melihat tindakan spontan si suami sebagai bukti Ella sebenarnya bertuah.

“kira ok lgi husband sanggup kiss depan orang.. ada orang tu jangan harap husband ko layan, depan orang.. Meaning Ella beruntung ada suami seperti itu”

Tak kurang juga yang terhibur melihat sisi manja penyanyi berstatus legenda itu.

“suka tengok kak Ella manja sungguh… lagi-lagi bila manja dengan suami.. saya kalau manja mcm ni mau suami pengsan, sebab terkejut”

@leeyabayieng

Inilah perangai sebenar Ratu Rock kita. Nmpk sgt seronok sekali sekala dpt jumpa aku (eh terbalik🤣). Ada je bende dia buat😅 Macam meminta lak kita record guna spek kelip-kelip ni. Tak record kang, takleh lak share dgn korang😆 @Ella Aminuddin @azharrzs @jojiemaryam #raturockella #myrockqueen #capturedwithraybanmeta

♬ original sound – Leeya | Bayieng 😎 – Leeya | Bayieng 😎

Apa pun, ramai bersetuju pasangan ini memang nampak bahagia, malah kemesraan mereka buat ramai yang tersenyum sendiri.

Untuk rekod, pada 7 Julai 2012, Ella sah bergelar isteri kepada Azhar yang merupakan juruterbang Firefly. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Klang, Baharudin Abu Bakar dengan abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM50,300 selain tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Majlis resepsi pasangan ini pula berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Disember 2012.

Dalam masa sama, perhatian terhadap Ella juga makin memuncak selepas kejayaan penganjuran konsert berskala besar yang menghimpunkan peminat dari seluruh negara menerusi Konsert Majlis Tertinggi Ella yang baru berlangsung. Aura dan tenaga beliau di pentas masih berbisa, jadi tak hairanlah kehidupan peribadi penyanyi ini turut jadi tumpuan.

Sweet atau tidak, yang pasti video ringkas ini cukup buat peminat rasa dekat dan tumpang gembira melihat kebahagiaan rumah tangga idola mereka.

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
Azhar Husaini Ghazaliella
https://lomp.at/q902k
Share12Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Diskaun Tol 50% Aidilfitri 2026 Diumumkan, Ini Tarikh Rakyat Boleh Nikmati Potongan

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, berita ini pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar. Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
via Thread /@iykabhrddn
Sosial Buzz

“Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

by Noe
March 19, 2026

Perjalanan pulang ke kampung sempena musim perayaan sekali lagi menjadi topik hangat apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman tidak sempat bersahur...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Glamping” RM1,300, Realiti Mengecewakan – Isu Kebersihan & Layanan Cetus Kemarahan

by Noe
March 25, 2026

Satu perkongsian tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen apabila sebuah pengalaman penginapan berkonsepkan “glamping”...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Isu KLSCM Haram, Tapi Ramai Tetap Join. Apa Cerita Sebenarnya?

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Kalau scroll laman threads sekarang, isu tentang hukum penyertaan KLSCM atau  Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon memang tengah panas dibincangkan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara