Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026
Foto - weechuanchin (FB)

Foto - weechuanchin (FB)

17
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial, Abe Wee.

Untuk makluman semua, disebabkan oleh semangat perpaduan yang kuat di Malaysia, ramai individu daripada pelbagai kaum cuba untuk berpuasa bagi menghormati dan sebagai tanda sokongan kepada penganut agama Islam.

View this post on Instagram

Bagi Abe Wee, atau nama sebenarnya Wee Chuan Chin, pempengaruh ini dan keluarganya akan cuba untuk berpuasa penuh setiap kali tiba bulan Ramadan.

Sering berkongsi kandungan mengenai keharmonian di Malaysia, Abe Wee mengakui sering menerima soalan berkaitan agama Islam daripada pengikutnya seperti membaca doa sebelum makan.

“Kenapa Abe Wee tak pernah baca doa makan macam influencer (pempengaruh) Cina lain?”

Foto – weechuanchin (FB)

Kongsinya, Abe Wee dan keluarga mengetahui cara untuk membaca doa sebelum makan. Dan pengetahuan mereka itu merupakan kesan daripada pergaulan bersama masyarakat Melayu sejak kecil lagi.

“Abe Wee sebenarnya boleh. Satu keluarga Abe Wee semua boleh baca doa makan, terutamanya Pok (Ayah). Semua doa dia boleh.”

Kongsinya, disebabkan oleh pergaulan dan hidup bersama masyarakat Melayu sejak kecil lagi, Abe Wee dan keluarga tahu cara untuk membaca doa sebelum makan.

“Sebab kita semua belajar dari asrama dan dari kecil bergaul dan membesar dengan komuniti orang Melayu. Sampaikan kalau korang dengar Abe Wee cakap Bahasa Melayu fasih.”

View this post on Instagram

Walaupun bagaimanapun, Abe Wee menjelaskan mereka sekeluarga tidak mahu menunjukkan sisi tersebut kerana bimbang ia boleh mencetuskan isu perkauman dan tidak mahu menyentuh sensitiviti agama.

“Pada masa yang sama kita sangat berhati-hati. Bila melibatkan doa kerana kita tak nak menjadi isu perkauman atau boleh jadi sensitif terhadap agama Islam. Sebab kita, Abe Wee sekeluarga Cina, terlalu hormat agama Islam.”

Apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial, terutamanya pengikut Abe Wee bersetuju dengan kenyataannya dan memuji sikap pempengaruh yang peka dengan isu agama.

abe wee
https://lomp.at/hbqp7
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara