Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen

by Noe
January 8, 2026
via TikTok

via TikTok

40
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular sebuah video di TikTok dengan kapsyen ringkas, “day 1 jadi bahan assignment”, tiba-tiba mencuri perhatian warganet apabila memaparkan situasi yang cukup mencuit hati.

Seorang pesakit di katil hospital dikerumuni sekumpulan individu berpakaian lab coat, dipercayai pelajar perubatan bersama seorang doktor.

Rakaman itu dipercayai dibuat di sebuah wad hospital berkaitan institusi pengajian tinggi, dengan ramai beranggapan ia mungkin melibatkan sesi pembelajaran amali atau clinical round.

Secara tidak langsung, pesakit tersebut menjadi subjek perbincangan atau case review dalam proses pembelajaran pelajar.

Rakaman itu pantas mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman hampir sama ketika menerima rawatan di hospital.

@4adep

day 1 jadi bahan assignment 😌 #fyp #unikl

♬ original sound – azfarheri – azfarheri

“Kalau Ramai Sangat, Maknanya Kes Rare”

Ruangan komen dipenuhi perkongsian peribadi warganet yang pernah melalui situasi hampir sama. Ada yang mengaku gelabah apabila pelajar terlalu banyak bertanya kepada doktor, sampai tahap keyakinan terhadap rawatan sendiri pun goyah.

Paling mencuit hati, ada juga yang berkongsi detik kurang selesa apabila prosedur serius dibincangkan secara terbuka di hadapan pesakit, termasuk isu amputasi sehingga menambah tekanan emosi ketika sedang menahan sakit.

via TikTok /@-
via TikTok /@tirashmishu
via TikTok /@Achik

Belajar, Bukan Eksperimen

Menariknya, perbincangan tidak kekal satu hala. Beberapa individu yang mengaku sebagai pelajar perubatan dan kejururawatan tampil memberikan perspektif mereka.

Menurut mereka, pesakit tidak pernah dianggap sebagai bahan eksperimen, sebaliknya insan penting yang membantu membentuk doktor lebih baik pada masa hadapan.

Ada juga yang mengakui rasa bersalah apabila terpaksa ‘mengganggu’ pesakit untuk bertanya soalan, namun ia merupakan keperluan wajib untuk penilaian dan peperiksaan.

Malah, kes-kes yang jarang berlaku diakui sebagai peluang pembelajaran yang sangat bernilai walaupun mereka sedar ia mungkin mengganggu ketenangan pesakit.

via TikTok /@Febrilefit(c)

Humor Ringan, Isu Besar

Dalam dunia sebenar hospital, latihan klinikal adalah asas penting untuk melahirkan doktor dan jururawat yang kompeten. Namun, pada masa sama, pengalaman pesakit juga tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi ketika mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang rapuh.

Akhirnya, di sebalik tawa dan komen santai, wujud satu perumpamaan, belajar itu penting, tetapi rasa kemanusiaan juga perlu sentiasa jadi keutamaan.

Dan bagi pesakit, semoga cepat sembuh, dan semoga ‘assignment’ itu sekurang-kurangnya datang dengan doa.

TV Baru Retak Gara-Gara Tetamu Cilik, Salah Siapa Sebenarnya? Ini Dilema Tuan Rumah Menjelang Raya
case reviewclinical rounddoktorhospitalpelajarperubatanpesakitsuara netizen
https://lomp.at/hkuar
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Insentif

99 Speed Mart Kongsi Rezeki, Agih 15,000 Bakul Perayaan Lebih RM700,000 Sempena Raya & CNY

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Rangkaian pasar raya mini terkenal, 99 Speed Mart sekali lagi tampil dengan inisiatif prihatin apabila menyalurkan sumbangan melebihi RM700,000 menerusi...

Read moreDetails
via Pinterest
Sosial Buzz

4 Jam Menunggu, Nombor Pula ‘Hilang’? Kisah Pesakit Tercicir Cetus Perdebatan

by Noe
March 19, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap pengalaman menunggu di...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Sedap Tapi Jijik? Rasa Kecewa Isu Kebersihan Kafe Undang Kebimbangan Ramai

by Noe
April 8, 2026

Tular di media sosial, seorang pengguna berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menikmati hidangan di sebuah kafe yang kelihatan eksklusif. Walaupun...

Read moreDetails
via Thread /@coffeelovers_my
Sosial Buzz

Roti Hotdog Bazar Ramadan Berkulat, Anak 3 Tahun Sempat Makan

by Noe
March 5, 2026

Anak Dah Termakan, Ibu Serba Salah Antara Tegur, Lapor Atau Berdiam Diri Musim Bazar Ramadan memang meriah setiap tahun dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara