Saturday, August 2, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

[VIDEO] ‘Idea Live Arena’ Buka Tirai – Malaysia Dah Ada Tempat Konsert Baru!

Menjadi Indoor Arena kedua terbedar di Malaysia

by Arsiqin Yusof
April 28, 2025
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Murai.my berpeluang menyaksikan sendiri detik bersejarah apabila Idea Live Arena, arena tertutup terbesar di pusat beli-belah di Malaysia, secara rasmi dibuka di 3 Damansara pada 27 April 2025.

Majlis penuh gemilang ini diserikan dengan kehadiran figura penting industri seperti Pemangku CEO MyCEB, Tan Mei Phing, dan CEO FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, selain ramai penggiat industri kreatif dan peminat setia dunia hiburan.

Apa yang membuatkan Murai.my benar-benar kagum ialah fasiliti yang ditawarkan di Idea Live Arena yang bukan sahaja mampu memuatkan sehingga 7,000 tetamu dalam susunan duduk dan berdiri, malah arena ini turut menampilkan sistem audio, pencahayaan, dan visual bertaraf dunia. Dengan pelaburan sebanyak RM40 juta, segalanya daripada ruang legar mewah, bilik persalinan artis yang lengkap, hinggalah lima kotak VIP eksklusif, memang next level!

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Majlis pelancaran pada petang itu dImeriahkan lagi dengan persembahan daripada legenda muzik tanah air, Dato’ Sheila Majid. Suara emas beliau bergema megah di seluruh arena, membuktikan keunggulan akustik Idea Live Arena.

Bukan sekadar tentang hiburan semata-mata, Idea Live Arena juga diharapkan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekitar Petaling Jaya. Lokasinya yang strategik di 3 Damansara dijangka membawa lonjakan besar dalam meningkatkan jumlah pengunjung, sekali gus menghidupkan suasana sekitar kawasan itu menjadI lebih meriah.

Dalam ucapannya, Dato’ Azmir menekankan betapa pentingnya kemudahan seperti ini untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kreatif serantau. Beliau turut mengumumkan berita gembira dimana bermula 15 Mei 2025, inisiatif Insentif Konsert dan Acara Malaysia (CEMI) akan memperuntukkan RM10 juta setahun bagi menyokong acara berskala besar yang mampu menarik lebih 15,000 pengunjung. Ini memang langkah tepat untuk boost industri hiburan kita!

Dengan pembukaan rasmi Idea Live Arena ini, Malaysia sudah pun bersedia mengorak langkah lebih besar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Murai.my yakin, dengan fasiliti canggih seperti ini, Malaysia bakal menjadi lokasi idaman bukan sahaja untuk pelancong, malah artis antarabangsa yang ingin mengadakan konsert berskala mega di Asia Tenggara.

Syabas Idea Live Arena! Ini baru permulaan, Murai.my tak sabar nak lihat deretan konsert dan acara gempak yang bakal menggegar pentas Malaysia tak lama lagi!

[VIDEO] Shiela Majid Artis Pertama Rasmi Pentas Idea Live Arena — Persembahan Ikonik Menggegarkan Arena!
artisidea live arenaindoor arenakonsert
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem