Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ieda Moin & Rakan Selebriti Di Sisi Amyza Aznan, Netizen Sebak

by Naddy Joe
February 24, 2026
110
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial saat mengetahui anak sahabatnya yang juga pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail yang pergi mengadap Illahi malam tadi selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Ieda di Instagram, dapat dilihat beberapa rakan selebriti seperti Nazia Mustafar, Didie Alias turut membantu memapah Amyza yang pilu kehilangan anak sulungnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Innalillahiwainnailaihirojiun semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail bin Khairil Izhar.”-kapsyen Ieda di Instagram

View this post on Instagram

Rakan Selebriti & Netizen Beri Ucapan Takziah

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah, malah ramai yang sebak melihat Amyza sekeluarga berpelukan sesama sendiri apabila mengetahui pemergian Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. Salam takziah buatmu Amyza dan seisi keluarga.. Moga syurga tempatmu duhai anak.. 🤲😢.”-Erra Fazira

“😭😭😭 al fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman 😢😢.”-Datuk Alha Alfa

“Al fatihah 😭😭 semoga arwah ditempatkan di syurga, Aminn.”-Elvina Mohamad

“Allahu, semoga kak @amyzaaznankaaia redha dengan takdir Allah dan kuat semangat..Allah sayangkan arwah dan jemputnya di bulan ramadan yang penuh barakah.. segala pintu neraka tertutup rapat dan pintu syurga dibuka seluasnya..salam takziah buat kak myza sekeluarga..😭😭.”

“Tahun lepas saya berpuasa dan raya di wad ini..temani abang saya…bertentangan katil anak Amyza…tapi Allah lebih sayangkan abang..lepas raya abang dijemput illahi..sungguh saya trauma tengok wad ni..tapi brsyukur dapat jaga abang hingga akhir nafas die..Seminggu sebelum raya ayah pergi, lepas raya abg pulak mengikut..rindunya 😢.”

“Al-fatihah. Ya Allah, Allahu, Allahu, Allahu pada bulan puasa, Semoga arwah ditempatkan dikalangam orang-orang beriman.”

Difahamkan, jenazah anak kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam sekitar 10.40 pagi tadi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

Sebelum ini, Amyza pernah merayu kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu merawat putera sulungnya yang berada dalam keadaan kritikal.

Pelakon filem Reversi sebelum ini berkongsi keadaan anak keduanya Andrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat perkhabaran tersebut pada hari pertama Umat Islam menyambut Ramadhan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya itu.

Malah situasi sama turut berlaku pada tahun apabila putera sulungnya, Andre Mikhail, turut disahkan menghidap kanser paru-paru pada bulan dan waktu yang sama.

Sekadar info, Amyza Aznan mendirikan rumah tangga dengan Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam, dan Ayden Andika.

Kami di Murai MY turut mahu memberikan ucapan takziah buat Amyza Aznan sekeluarga, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah agar roh Andre Mikhail dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman.

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-"Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi.."
Amyza Aznanieda moin
https://lomp.at/ql4ce
Share44Tweet28SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Foto - @yusuf_bahrin (IG)
Lokal

‘Ugut’ Saman Pengguna Threads, Tapi Komen Bekas ‘PA’ Yusuf Bahrin Pula Buat Ramai Terkejut

by Nurul A.
April 3, 2026

Nama aktor Yusuf Bahrin terus menjadi perbualan ramai sejak isu perceraiannya dengan penyanyi Zizi Kirana. Dan kali ini pula melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara