Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “It’s not about being perfect…” – Bella Tetap Hadir Konsert Ara Walaupun Ayden Luka Teruk

by Arsiqin Yusof
July 21, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen penuh emosi dan pengorbanan sebagai seorang ibu dalam video terbarunya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Dalam perkongsian tersebut, Bella menceritakan hari yang cukup mencabar buat dirinya apabila perlu memainkan peranan sebagai ‘full-time driver’ untuk anak-anaknya. Anak perempuannya, Ara, menyertai konsert balet pertamanya yang dinanti-nantikan. Namun, dalam kegembiraan itu, anak lelakinya Ayden pula mengalami kecederaan serius pada kening akibat terjatuh.

“Tapi dalam tengah sibuk tu, Ayden jatuh ya Allah kening dia luka teruk (mummy dia menangis dalam hati je), and we had to rush to the clinic,” kongsi Bella.

“Kehadiran kita berharga untuk mereka…”

Walaupun sedang berdepan situasi cemas, Bella tetap gagahkan diri untuk kembali ke konsert balet Ara selepas selesai mendapatkan rawatan untuk Ayden. Menurutnya, sesi pagi hanyalah sesi latihan, manakala persembahan sebenar berlangsung pada waktu petang. Bella bersyukur kerana masih sempat menyaksikan detik bermakna itu bersama anak perempuannya.

“It was such a long, emotional day. Penat, risau, happy semua rasa ada. But this… this is the kind of memory that stays forever in a mother’s heart,” luahnya.

Kata-kata paling menyentuh hati dari Bella di kapsyen benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada para pengikutnya di Instagram. Ramai memuji ketabahan dan kasih sayang tulus Bella terhadap anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen membanjiri hantaran tersebut dengan kata-kata semangat dan kekaguman terhadap pengorbanan Bella sebagai seorang ibu. Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa dan menyatakan rasa hormat kepada semua ibu bapa yang sentiasa hadir dalam kehidupan anak-anak walau sesibuk mana sekalipun.

“Proud of you Bella. Tak semua ibu sanggup buat macam ni,”

“Ayden jatuh tapi mommy tetap kuat demi Ara. Real superhero!”

“Ara siap pakai cekak papa saddiq eh, comel nya”

“Dia lah mak, dia lah bapak. Kalau saya kat tempat dia belum tentu mampu berdiri”

“Penatnya jadi Bella, semoga dipermudahkan segala urusan.”

“Kewujudan kita as parent memang sangat memberi makna buat anak-anak.”

Perkongsian ini bukan sahaja memperlihatkan sisi keibuan Bella yang penuh kasih sayang, tetapi turut menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk terus ‘hadir’ dalam kehidupan anak-anak kerana kehadiran kita lebih bermakna dari kesempurnaan.

[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-"Kalau Gosok Keluar YB Nanti"
AnakBella Astillahkasih sayangpengorbanan
https://lomp.at/uowl3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara