Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan

by Arsiqin Yusof
July 21, 2025
Share on Facebook

Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi dengan kandungan hiburan semata-mata, satu video yang tular baru-baru ini benar-benar mencuri perhatian ramai. Ia memaparkan anak lelaki kepada usahawan sensasi Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida memberi nasihat kewangan dengan penuh keyakinan dan kematangan luar biasa.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, memaparkan Ammar Ahyan memberi peringatan kepada para pelajar agar tidak membazir wang pinjaman pendidikan, khususnya PTPTN hanya untuk membeli perkara remeh seperti “jeruk mangga viral” milik bapanya.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Norliza Abdul Rahim (@norliza_abdulrahim)

“Guna Duit Suami, Okay” – Ammar Ahyan

Sekilas dengar mungkin lucu, tetapi mesej yang disampaikan cukup padat dan sarat makna. Ammar menyentuh isu-isu penting seperti kepentingan menyimpan dan melabur, menyebut tentang instrumen seperti KWSP dan ASB. Sesuatu yang jarang sekali didengar keluar dari mulut remaja seusianya.

Apa yang lebih membanggakan, beliau bukan sekadar mengulang fakta yang didengar, tetapi benar-benar faham konsep pengurusan kewangan jangka panjang dan implikasinya terhadap masa depan seseorang.

Netizen juga tidak melepaskan peluang untuk menyakat Ammar dengan menyatakan mereka menggunakan duit suami untuk membeli jeruk mangga.

Netizen Kagum Matangnya Pemikiran Ammar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecerdikan Ammar. Ramai yang menyatakan kekaguman terhadap cara beliau berfikir yang dianggap sangat matang, berpandangan jauh, dan berjiwa besar.

“Kalau semua remaja berfikir macam Ammar, negara kita memang tak risau pasal masa depan anak muda,”

“Jarang budak umur macam ni tahu beza mana keperluan, mana kehendak. Ammar ni lain macam dia punya mindset!”

“Dia menjual tapi vibe motivator”

“Kata-kata dia menusuk kalbu, baru ingat nak beli tapi saya tetap beli!”

“Unlimited credit card pun dia tak pakai, ni siap pesan kita lagi”

“Apa agaknya reaction bapaknya, mesti bangga dalam masa sama geram”

“Bagus didikan mak ayah dia”

“Matang betul pemikiran dia ni, tak padan umur”

Hasil Didikan Keluarga?

Tidak dinafikan, kejayaan membentuk pemikiran sebegini datang juga dari sokongan dan bimbingan ibu bapa. Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida dipuji kerana berjaya membesarkan anak yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mampu menyampaikan ilmu itu kepada orang lain secara berhemah dan berkesan.

Dalam zaman yang penuh dengan “content viral”, cabaran besar buat anak muda ialah untuk tidak tenggelam dalam arus hiburan semata-mata. Namun Ammar membuktikan bahawa masih ada remaja yang bukan sahaja sedar, tetapi bersedia bertindak bijak demi masa depan kewangan yang stabil dan bebas hutang.

Semoga nasihat daripada Ammar ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai generasi muda untuk mula ambil tahu dan bijak dalam mengurus kewangan.

"Saya Sebagai Anak, Abang, Dan Suami Turut Tersepit Dalam Keadaan Ini...-"Aliff Syukri
aliff syukriAmmar Ahyanberniaga
https://lomp.at/30zb4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara