Perkongsian suami kepada pelakon, Sheila Rusly yang merupakan pengarah terkenal iaitu Azman Haji Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat salah seorang menantunya, Elisya Sandha di media sosial, baru-baru ini.
Jinggo menerusi hantaran di Thread, turut memaparkan gelagat Elisya yang anggun menggayakan Kebaya itu kelihatan teruja melihat tubuh badannya yang semakin langsing. Malah, Jinggo turut meluahkan rasa sayang terhadap menantu sulungnya itu.
“Sayangnya papa pada Sya. We love you so much tau. Jangan sedih-sedih okay. Nanti mama you pun nangis.”-tulis Jinggo di Thread

“Untung Dapat Bapa Mentua Macam Ni..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat sikap seorang bapa mentua yang sangat sayangkan menantunya itu, malah ada yang turut menyifatkan pengarah terkenal ini sebagai ‘mentua dari syurga’.
“Bapa mentua memang sayang menantu perempuan lebih dari anak lelaki sendiri kan. Nanti minta semua dapat. Al-Fatihah untuk arwah FIL ku.”
“Semoga keluarga Jinggo dan Sheila Rusly ini sentiasa bahagia dengan anak-anak, menantu, cucu-cucu.”
“Untung dapat bapa mentua macam nie.”
“Awh terharunya. Dia layan macam anak. Bukan macam menantu.”
Bersyukur Mempunyai Mentua Yang Penyayang
Dalam pada itu, Elisya yang turut ‘repost’ hantaran bapa mentuanya itu turut menitipkan rasa syukur apabila impiannya untuk mempunyai seorang bapa mentua yang penyayang itu dimakbulkan Allah SWT.
“Salah satu impian saya yang Allah SWT makbulkan ialah dapat bapa mentua yang sayang macam anak sendiri. Malah lebih lagi dari anak sendiri.
Thank you pa, thank you ma sebab tak pernah kurang layanan kasih sayang terhadap Sha sejak hari pertama. Hari-hari saya bersyukur.”-tulis Elisya di Thread

Sekadar info, Elisya Sandha mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Jinggo dan Sheila Rusly pada 21 Ogos 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq.






