• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

[VIDEO] KANTOI ! Skandal Papagomo Sebelum Nur Sajat

by Ayden Mikhael
January 20, 2018
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Kontroversi melibatkan jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman semakin hangat diperkatakan ramai selepas tindakan penulis blog, Papagomo menghubungi sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi menggesa pihak Jakim mengambil tindakan terhadap usahawan itu.

YouTube video

Namun, murai.my difahamkan bahawa Papagomo atau nama sebenar beliau Wan Muhammad Azri Wan Deris pernah berskandal dengan seorang jurusolek terkenal dari Kota Kinabalu, Sabah yang lebih dikenali sebagai Hertonnye Linggom (Tonn) di sosial media dan mereka berdua pernah berbual mesra melalui video call sebelum ini.

Melalui video berdurasi 13minit 07saat itu, Papagomo seperti ingin mengurat dan ingin bertemu dengan Tonn pada bulan Disember 2017 yang lepas untuk menjalinkan hubungan mesra bersama.

Melalui rakaman itu, Papagamo berkata,

“Tonn bila nak turun KL?
Dari airport ke penginapan..
airport to airport.
Sampai airport, hantar balik ke aiport”

Papagomo menawarkan diri untuk mengambil Tonn di lapangan terbang dan akan menghantar Tonn ke tempat penginapan. Papagomo juga akan menghantar kembali ke lapangan terbang ketika Tonn ingin pulang ke Kota Kinabalu. Baik juga ya Papagomo ni? Baik ada sebab ke? hmmmm…

“Kita jumpa kat KL sekali, kat Tawau sekali.”

Papagomo menyatakan bahawa beliau pernah bertemu dengan Tonn beberapa kali sebelum ini.

“Kalau kau lalu aku akan belai-belai kau Ton..
Kau nak aku usap kau dari atas ke bawah atau bawah ke atas?”

Papagomo tidak berasa jijik dengan Tonn sebagai seorang pondan dan Papagomo menawarkan diri untuk memberi layanan yang istimewa untuk Tonn. Romantik juga ya Papagomo ni.. hikss!

“Kita pernah live tapi terputus”

Ini bukan perbualan pertama antara Papagomo bersama pondan yang bernama Tonn. murai.my pun rasa pelik kenapa Papagomo suka dengan golongan pondan atau mak nyah ya? Sedangkan dengan Nur Sajat beliau tentang habis-habisan.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

“18 hari bulan Disember aku tak ada Tonn,
aku pergi Thailand,
tengok kawan-kawan aku kat sana,
kat sana kan cantik-cantik”

Papagomo mengatakan bahawa beliau akan berada di Thailand untuk melawat kawan-kawan beliau yang cantik? murai.my difahamkan di Thailand banyak lagi pondan atau mak nyah yang cantik. Apa motif Papagomo nak pergi Thailand? Nak dapatkan perkhidmatan dari kawan-kawan dia yang ‘cantik’ ke?

“19 hari bulan 12 kau datang KL kita set makan”

Papagomo membuat temujanji bersama Tonn dan murai.my tertanya-tanya apa yang terjadi pada 19 Disember yang lalu ya?

Apa MOTIF Papagomo?

Sehingga sekarang masih tertanya-tanya oleh netizen mahupun pihak murai.my apa MUSLIHAT Papagomo atas kontroversi yang terjadi. Adakah semata-mata mahu perhatian dari pelbagai pihak untuk mempromosikan gimnasium beliau atau ada sebab-sebab yang lain?

Sungguhpun ramai penyokong Papagomo akan mengatakan Papagomo hanya ingin “MENGANJING” Tonn atau Nur Sajat selepas membaca artikel ini, tetapi mengapa Papagomo ingin menyerang warga pondan ini? Apa salah kaum Luth ini?
Dan Kenapa perlu Papagomo ke Thailand dan berjumpa kawan-kawan “CANTIK” beliau? Atau adakah ini hanya untuk politik semata-semata untuk meraih undi untuk PRU yang akan tiba?

Hak penjagaan anak-anak melalui ISTERI PERTAMA.

murai.my difahamkan bahawa Papagomo pernah menerima waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan juga penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) atas kes didapati gagal hadir dalam kes perlanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya yang difailkan oleh isteri pertama Papagomo, Bellina Omar Sharifuddin Chin. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Cassandra dan Wan Camillea.

Papagomo berlagak baik dan WARAK?

Papagomo yang dianggap “hero UMNO” juga pernah dikecam kerana meminum arak di Germany dan netizen mempersoalkan dari mana duit Papagomo dapat untuk ke Germany? Beliau juga dianggap panas baran sering memukul isteri dan juga merampas anak-anak dari isteri pertama. Jangan pula lepas ni kuncu-kuncu Papagomo kata itu sekadar gambar sahaja atau rantai emas tu bukan tulen.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Papagomo angkat Bendera Putih?

Instagram peribadi Papagomo kelihatan seperti telah dipadam pada tengah malam semalam dan adakah ini tanda Papagomo MENYERAH KALAH? Malah Facebook beliau juga kali terakhir dikemas kini pada 17 Januari, 4.58petang.

Sumber : Sinar Harian, Jais

nur sajatpapagomosir azri
https://lomp.at/nk3r6
Share52Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Watie Hanifiah Sebak Kongsi Momen Graduasi Thalita-“Semoga You Sentiasa Menjadi Kebanggaan Keluarga..”

by Naddy Joe
December 1, 2025

Usahawan dan isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencetuskan rasa sebak netizen selepas dilihat berkongsi momen graduasi anak...

Read more
Lokal

Neera Azizi Hamil Anak Sulung, Netizen Titip Doa!

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama. Kongsi Foto Imbasan...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS ‘Bahagia Yang Tertangguh’, Netizen Terhibur!-“Mengengkang Lari Kak Ju..”

Pelakon, Rozita Che Wan berkongsi video di sebalik tabir (behind the scenes) ketika menjayakan watak sebagai Kak Ju menerusi drama...

Read more
by Naddy Joe
December 9, 2025
Lokal

Datuk Seri Vida Bongkar Sebab Sebenar 727 Barangan Peribadinya Dilelong

Usahawan selebriti Datuk Seri Vida akhirnya menjawab dakwaan yang tular kononnya pekerjanya sendiri adalah individu yang membeli barangan lelong daripada...

Read more
by Puteri Alia
November 14, 2025
Lokal

Tun Laila Sah Bergelar Isteri: “Perjalanan Nak Sampai Hari Nikah Memang Mencabar”

Peguam dan pempengaruh media sosial, Tun Laila kini sah bergelar isteri kepada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal dengan sekali...

Read more
by Aphit J.
November 8, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak-anaknya...

Read more
by Naddy Joe
November 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Aksi Afwa ‘Kenyit Mata’ Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Peminat Tak Keruan

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang membuka kaca matanya itu lalu kenyit mata. Siti Nurhaliza juga mengatakan...

Read more
by Noah Ab
November 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Ditangkap Tentera Isr43l, Rakyat Malaysia Titip Doa

kira-kira pukul 5.45 pagi waktu Malaysia, penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal layar bernama Huga telah diserang dan ditangkap oleh...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
via Instagram/@norreen143
Lokal

Norreen Iman Terhibur Dengan Wanita ‘Berbunyikan Burung’, Netizen Pun Turut Sama Berdekah

Media sosial sekali lagi jadi medan tawa apabila gelagat Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman mencuri perhatian warganet. Personaliti media...

Read more
by Iffah Iffah
December 10, 2025
Foto - The Statesman
Bollywood

5 Kisah Cinta Bollywood Yang Penuh Dengan Drama & Kontroversi- No.3 Tidak Boleh Dilupakan!

Dunia hiburan Bollywood bukan sahaja 'menyajikan' kisah cinta di layar perak, tetapi juga kisah percintaan yang penuh dengan drama dan...

Read more
by Nurul A.
September 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  3. 3

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore