Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] “Kita Punya Kampung, Perempuan Takda Kirja” – Lelaki Bangladesh Mengeluh Wanita Malaysia Bekerja

by Arsiqin Yusof
July 15, 2025
Share on Facebook

Satu video tular di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa terkejutnya melihat ramai wanita di Malaysia keluar bekerja. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @kunyahan_, lelaki berkenaan berkongsi perbezaan budaya antara Malaysia dan negara asalnya.

@kunyahan_

#fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – kunyahan_ – kunyahan_

“Kita punya kampung, perempuan takda kirja… lelaki saja keluar. Perempuan duduk rumah saja.”

Begitulah kata-kata lelaki itu dalam video yang kini meraih ribuan tontonan dan komen daripada netizen. Beliau tampak benar-benar kagum dan dalam masa yang sama sedikit bingung melihat wanita Malaysia yang bebas berdikari serta mampu mencari rezeki sendiri di luar rumah.

Berbeza Budaya, Berbeza Pandangan

Di Bangladesh, adalah sesuatu yang biasa apabila kaum lelaki menjadi pencari nafkah utama manakala kaum wanita hanya mengurus rumah tangga. Maka tidak hairanlah jika lelaki ini agak ‘culture shock’ apabila melihat realiti di Malaysia yang berbeza jauh – di mana wanita bukan sahaja bekerja, bahkan memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor kerajaan, swasta dan keusahawanan.

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai. Ada yang menganggap pandangan lelaki ini sebagai cerminan perbezaan budaya yang unik, manakala segelintir pula berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk masyarakat luar memahami bahawa wanita juga mampu menyara diri dan keluarga.

Netizen Beri Respon

Ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi. Ada juga wanita yang berseloroh ingin berpindah ke negara Bangladesh.

“Ni belum nampak perempuan Malaysia kerja dua tiga kerja sehari. Kuat betul dorang.”

“Malaysia lain bang… sini perempuan pun kena kerja, ekonomi sekarang bukan boleh harap satu pendapatan je.”

“Perempuan Malaysia independent. Kami bukan nak duduk rumah je.”

“Saya lah perempuan Bangladesh tu.”

“Tapi betul lah, sini tak pernah nampak lagi perempuan Bangladesh kerja.”

“Entah sapa lah punya idea perempuan kena kerja.”

“Pertama kali dengar lelaki mengeluh sebab perempuan kerja.”

Meskipun video ini mungkin kelihatan seperti satu keluhan ringan, ia sebenarnya membuka perbincangan lebih besar tentang peranan wanita dalam masyarakat moden, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Zaman sudah berubah. Ramai wanita hari ini bukan sahaja berdikari, malah turut menjadi tonggak utama keluarga dan masyarakat. Perbezaan budaya seperti ini perlu diraikan dan difahami dengan lebih terbuka agar masyarakat dapat saling belajar dan berkembang bersama.

Ameera Khan Dedah Mahu Tinggalkan Malaysia, Akui Orang Sekeliling Dirinya Terlalu Toksik
bangladeshbekerjayaMalaysiawanita
https://lomp.at/f7le6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? Netizen Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 21, 2026

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Dedah Pelakon Wanita Dituduh ‘Scammer’ Pernah Hubungi Minta Wang-“Tiba-Tiba Suami Dia Yang Pickup!..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil bersuara mengenai salah seorang rakan selebriti yang didakwa terlibat dengan penipuan wang (scammer). Kongsi Janna atau...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara