Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Konsert Kena ‘Banned’ & Karier Hampir Musnah, Norman Dedah PMX ‘Hero’ KRU

by Nurul A.
November 27, 2025
Foto - @sonymusic_malaysia (IG)

Foto - @sonymusic_malaysia (IG)

251
KONGSIAN
Share on Facebook

Rasanya tak ramai yang tahu bahawa konsert kumpulan pop Malaysia, KRU suatu ketika dahulu pernah diharamkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin politik negeri.

Menerusi klip pendek yang dimuat naik di platform media sosial, Datuk Norman Abdul Halim bercerita mengenai era ‘kejatuhan’ kumpulan KRU di mana lagu dan konsert mereka diharamkan atas beberapa faktor.

“Momen paling sukar, saya rasa 1997. Ketika itu kita baru lancarkan konsert dan ada berkait dengan lagu “Getaran Jiwa”. Ada satu komuniti yang protes, jadi satu kumpulan tu memang anti dan nampak KRU ni kontroversial.”

@kru.music

Kita throwback konsert KRU Mega Tour tahun 1997. 🔥 Sapa ada time ni? Komen dibawah😎 #KRUMusic #KRU #negatif

♬ original sound – KRU Music – KRU Music

Tambah Datuk Norman lagi, konsert mereka yang diadakan pada tahun 1997 itu diharamkan kerana ada beberapa pihak melihat ia sebagai budaya Barat yang mempunyai unsur negatif.

“Tak sangka pula boleh kena haramkan konsert. Bukan fasal apa tapi time tu tajuk “KRUMania”, kontroversi lagu “Getaran Jiwa” dan selepas itu ada sponsor daripada syarikat rokok.

Promosi berlebihan, orang melompat-lompat (di konsert), jadi ketika itu orang nampak budaya kuning. Jadi kena haramkan dan ia momen paling sukar.”

View this post on Instagram

Disebabkan itu, kumpulan KRU terpaksa menghentikan persiapan mereka dan sumber pendapatan terhenti buat beberapa bulan. Lebih menyedihkan, jika konsert tersebut tidak dapat dijalankan, mereka berkemungkinan bakal disaman oleh penaja.

“Sumber pendapatan tiada, dan penaja dah tanya jadi ke tak. Kalau tak, mereka nak batalkan dan jika nasib tak baik kena saman.”

Tidak dapat mendiamkan diri, Datuk Norman mendedahkan bahawa mereka ada berjumpa dengan beberapa ahli politik. Isu mereka secara tidak langsung menjadi perdebatan sehinggakan ia dibahas dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

@inforakyart

PENDEDAHAN EKSKLUSIF NORMAN KRU TENTANG JASA BESAR YAB PMX KEPADA KRU #kru #mnasir #pmx #madani #jasa

♬ original sound – Info rakyART – Info rakyART

Melihatkan isu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri meminta untuk konsert KRU diadakan.

“Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya bertemu dengan beberapa ahli politik sehinggakan isu ini masuk mesyuarat Kabinet. Masa tu Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan Perdana Menteri kata, “Kita benarkan konsert Michael Jackson tetapi kenapa tak boleh benarkan mereka?”. Akhirnya konsert dapat diteruskan dengan syarat nama konsert ditukar, KRUMania jadi Konsert KRU Mega Tour”.

Untuk rekod, kumpulan pop Malaysia, KRU dianggotai oleh tiga bersaudara iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim.

KRU Beri 'Hint' Juliana Banos Akan 'Perform' Di Konsert GenKRU Finale?
anwar ibrahimedry krukonsert KRUKRUkrumaniaNorman KRUyusry kru
https://lomp.at/h5xqn
Share100Tweet63SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

by Nurul A.
March 16, 2026

Doktor pergigian, Dr Fie Tawfek menjadi perhatian ramai selepas tamat tempoh iddahnya baru-baru ini. Dr Fie atau nama penuhnya Afifah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Jinggo Kongsi Gelagat Elisya Sandha, Netizen ‘Cemburu’!-“Dia Layan Macam Anak..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Perkongsian suami kepada pelakon, Sheila Rusly yang merupakan pengarah terkenal iaitu Azman Haji Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo...

Read moreDetails
Spotlight

Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

by Phic ARMAN
April 8, 2026

Di sebalik dunia hiburan yang sering dihiasi senyuman dan glamor, terselit satu kisah yang cukup meruntun jiwa. MURAI mendapat tahu,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara