Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul

by Phic ARMAN
February 17, 2026
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Video tular memaparkan seorang remaja perempuan dikasari teman lelakinya di tepi jalan nyata mengundang rasa kurang senang ramai. Rakaman yang tersebar luas di laman Instagram itu memperlihatkan pasangan muda berkenaan bertengkar sebelum si lelaki bertindak kasar terhadap gadis terbabit.

Gadis Tampil Mohon Henti Kecaman

Lebih mengejutkan, selepas video berkenaan menjadi bualan hangat dan menerima pelbagai kecaman, gadis tersebut tampil membuat kenyataan bahawa mereka sudah pun berbaik. Malah, dia meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap teman lelakinya.

Selebriti Turut Bersuarakan Pendapat

Namun, kenyataan itu tidak serta-merta meredakan kemarahan warga maya. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan kecewa, menyifatkan tindakan memaafkan perlakuan kasar sebagai sesuatu yang membimbangkan, apatah lagi melibatkan pasangan yang masih muda.

Antara yang turut bersuara adalah pelakon versatil, Umie Aida yang menulis ringkas tetapi pedas, “Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Bodoh, begitu ceritanya.” Komen tersebut meraih ribuan tanda suka dan disokong ramai yang bersetuju dengan pandangannya.

Tidak ketinggalan, Fasha Sandha juga meluahkan kebimbangan sebagai seorang wanita. Tulisnya, “Eh? sebelum kahwin kau pukul anak dara orang. Lepas kahwin? Eh adik? kalau saya jadi awak saya dah goodbye,. Tak kisah lah salah ke pancing emosi ke apahal nak nak tangan pula.”

Kenyataan Fasha itu seolah-olah memberi peringatan tegas bahawa keganasan dalam hubungan tidak sepatutnya dinormalisasikan, walau apa pun alasan atau provokasi yang berlaku. Ramai bersetuju bahawa jika sebelum berkahwin sudah berani ‘naik tangan’, tidak mustahil perkara lebih buruk boleh berlaku pada masa depan.

Isu Keganasan Dalam Hubungan Jadi Perbincangan

Isu ini sekali lagi membuka perbincangan tentang kesedaran terhadap keganasan dalam hubungan, terutama dalam kalangan remaja. Walaupun pasangan tersebut mendakwa sudah berbaik, netizen tetap berpendapat bahawa perbuatan kasar bukan sesuatu yang wajar dipandang ringan.

[VIDEO] Umie Aida Ziarah Anak Fitri Haris Hidap Pneumonia-"Keadaan Adwa Sudah Semakin Baik.."

Apa pun, di sebalik drama cinta remaja ini, satu perkara jelas masyarakat kini semakin berani bersuara menentang sebarang bentuk kekasaran, lebih-lebih lagi apabila ia dirakam dan ditonton jutaan mata.

View this post on Instagram

fasha sandhaUmie Aida
https://lomp.at/3ggry
Share20Tweet12SendShare

KINI TRENDING

via imagefx
Sosial Buzz

“Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

by Noe
March 2, 2026

Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan perbualan ringkas antara seorang pelanggan dan rider penhantaran...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April, Pahang Dah ‘Start’ 2 Hari Seminggu, Ini Perkara Penting Rakyat Kena Tahu

by Ayu Kamaruddin
April 2, 2026

Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) kini kembali jadi perhatian apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaannya bermula 15 April ini, melibatkan kementerian dan...

Read moreDetails
via Babe. com. my
Sosial Buzz

Harga Premium, Portion ‘Kosong’? Pengunjung Persoal Kewajaran Juadah Berbuka Di Acara

by Noe
March 18, 2026

Satu perkongsian di platform Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengunjung meluahkan rasa kecewa terhadap hidangan berbuka puasa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Gangguan Tren Waktu Pagi Cetus Kebimbangan Penumpang

by Noe
April 1, 2026

Insiden Halangan Di Laluan Cetus Situasi Cemas Seorang pengguna pengangkutan awam berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tren yang dinaikinya berdepan situasi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

by Phic ARMAN
February 4, 2026

Pagi itu, suasana di Balai Istiadat Istana Selangor terasa sunyi dan penuh debaran. Seorang lelaki berusia 39 tahun, Dr. Malik...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara