Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[VIDEO] Pengalaman Water Rafting Dalam Salji Di Hokkaido, Tak Terungkap Dengan Kata-kata!

by Phic ARMAN
January 21, 2025
Share on Facebook

Siapa sangka, water rafting di tengah salji tebal dan cuaca beku di Hokkaido boleh jadi sehebat ini? Kami di MURAI berpeluang merasai pengalaman yang sungguh luar biasa ini, terima kasih kepada kolaborasi AirAsiaX dan Hokkaido Tourism Organisation yang menawarkan aktiviti water rafting di Jozankei. Tapi, jangan bayangkan rafting biasa-biasa, ya! Ini adalah pengalaman yang benar-benar unik, dan ianya jauh lebih berbeza daripada apa yang anda fikirkan!

Sebaik sahaja sampai, kami disambut dengan kesejukan yang menusuk tulang (dah siap sedia mental dan fizikal!) dan diminta untuk memakai boots kalis air dan jaket keselamatan. Lepas tu, kami naik van yang membawa kami terus ke Sungai Toyohira—di sinilah magis bermula.

Pemandangan yang kami lihat betul-betul membuatkan kami terkedu. Subhanallah, betul-betul tiada kata-kata untuk menggambarkan betapa cantiknya alam di sekitar kami. Salji yang tebal, udara yang segar, dan keheningan musim sejuk—semuanya berbaur menjadi satu pemandangan yang sangat memukau!

Sungai Toyohira- Hokkaido, Jepun, tidak hanya terkenal dengan salji putih yang lembut dan landskap musim sejuk yang memukau. Ia juga menawarkan pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan – water rafting di Sungai Toyohira, Jozankei.

Ini bukan sekadar rafting biasa, ya. Aktiviti baru yang ditawarkan di Jozankei Winter Rafting ni memberi peluang untuk kita menikmati kesunyian musim sejuk sambil menaiki bot menyusuri sungai yang penuh dengan keajaiban.

Anda boleh lihat pohon-pohon dilitupi salji, dan juga air terjun beku yang berkilauan mengikut musim. Memang rasa macam berada dalam satu dunia lain! Pemandu kami sangat hebat, memberi panduan yang penuh dengan cerita menarik sepanjang perjalanan.

Pemandu bot yang peramah membawa kami menyaksikan magis di Sungai Toyohira
Sungai Toyohira mengalir dengan tenang tetapi penuh pesona, dikelilingi oleh bukit-bukit bersalji yang tampak seperti lukisan.

Salah satu momen yang paling mengesankan adalah ketika kami berhenti sejenak di tepi sungai dan mereka mengajar kami cara panggang marshmallow sambil menikmati secawan teh panas. Seriously, rasa macam tengah menikmati kehidupan dalam fairy tale!

AirAsia X HYROX: Pengurus Besar & Kru Cabar Diri Tarik Pesawat 44 Tan

Setelah itu, kami perlu mendayung semula ke hulu sungai, dan di sini lah satu lagi pengalaman gila—pemandu kami terpaksa menarik rakit dengan kami di atasnya untuk kembali ke atas. Macam adventure betul!

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ketika melintasi jambatan merah yang menjadi ikon Sungai Toyohira, kami tidak dapat menahan rasa kagum. Warna merahnya begitu menyerlah di tengah-tengah latar belakang salji putih, mencipta pemandangan yang sungguh memukau.

Di kejauhan, kelihatan sebuah jambatan merah yang berdiri megah, mencipta kontras yang indah dengan pemandangan putih bersih di sekelilingnya.

Pemandu bot kami berhenti seketika, memberi peluang untuk kami mengambil gambar dan menikmati keindahan ini dengan lebih lama. Rasanya, macam berada dalam filem Frozen, serius! Saya hampir dapat bayangkan Elsa menyembunyikan dirinya di balik pohon-pohon salji. Foto-foto yang diambil jadi lebih dramatik, penuh dengan latar belakang alam yang memukau.

Sepanjang perjalanan, kami juga berpeluang menyaksikan keunikan bentuk ais yang terbentuk secara semula jadi di sepanjang tebing sungai.

Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 2 jam dan untuk pengalaman sebegini, itu langsung tak terasa. Satu perkara yang perlu diingat, tiada bilik air di tepi sungai, jadi pastikan anda menggunakan kemudahan yang ada sebelum memulakan pengembaraan ni.

Ada yang menyerupai ukiran seni yang halus, seolah-olah alam semula jadi sendiri menjadi seorang pengukir berbakat. Tidak ketinggalan, kami turut disajikan dengan cerita-cerita menarik tentang kawasan ini daripada pemandu bot, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.

Untuk harga, ianya 8,000 yen untuk dewasa, dan 7,000 yen untuk kanak-kanak. Jika anda pergi seorang, bayaran adalah 11,000 yen. Pakej ini hanya tersedia dari awal Disember hingga akhir Mac, jadi pastikan anda tempah lebih awal supaya tidak terlepas peluang!

Pemandu kami sangat ramah, boleh berbahasa Inggeris dan Jepun, dan sentiasa membuatkan kami rasa selesa sepanjang perjalanan. Secara keseluruhannya, pengalaman ini sangat santai, dan anda akan banyak peluang untuk bergambar sambil menikmati pemandangan yang luar biasa.

Kalau nak cuba, jangan tunggu lagi—pergi sahaja ke laman web untuk dapatkan maklumat pakej dan tempah sebelum penuh! Ini memang pengalaman yang tak akan anda lupa seumur hidup!

AirAsiaX: Penerbangan Langsung Tanpa Gangguan

Tentu saja, perjalanan ke Hokkaido tak akan lengkap tanpa penerbangan yang selesa. Terima kasih kepada AirAsiaX (AAX) dan Hokkaido Tourism Organization yang telah membawa kami ke destinasi sejuk ini!

AirAsiaX adalah pilihan penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Sapporo, jadi tak perlu buang masa transit di Tokyo atau mana-mana tempat lain.

Penerbangan D7 550 dari Kuala Lumpur pada jam 23:50 dan tiba di Sapporo pada jam 8:25 pagi keesokan harinya. Penerbangan malam ni memang memudahkan, anda boleh tidur sepanjang perjalanan dan sampai di Sapporo dengan segar untuk memulakan pengembaraan.

Bila dah selesai semua aktiviti seronok ni, penerbangan D7 551 dari Sapporo pada 9:40 pagi dan sampai ke Kuala Lumpur pada 17:20, memberi anda cukup masa untuk berehat sepanjang perjalanan pulang.

Dengan penerbangan direct ni, memang sangat jimat masa! Jangan risau tentang transit panjang atau perjalanan yang memenatkan. Cuma duduk, relaks, dan nikmati perjalanan anda!

airasiaairasiaXHokkaido
https://lomp.at/yoquj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara