• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Gemar Jamu Kakitangan, Sultan Ibrahim Tunjuk ‘Skill’ Masak Kari Daging Jepun

by Soph Azz
October 29, 2024
Foto - @theroyaljohor (TikTok)

Foto - @theroyaljohor (TikTok)

Share on Facebook

Tular di platform media sosial, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertua Agong (YDPA) Sultan Ibrahim berkenan untuk meluangkan masa memasak menu istimewa santapan petang untuk kakitangannya.

Sambil mempamerkan ‘skill’ dan kelincahan di dapur, Sultan Ibrahim dilihat menyediakan hidangan kari daging Jepun. Nampak sangat menyelerakan, hidangan ini menggunakan gabungan rempah dan bahan tradisional Jepun serta sentuhan tempatan.

@theroyaljohor

AIR TANGAN YANG DI-PERTUAN AGONG RESIPI ISTIMEWA KARI DAGING JEPUN KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa memasak menu istimewa kari daging Jepun, menggabungkan rempah dan bahan tradisional Jepun serta sentuhan tempatan, menjadikannya hidangan yang selera. Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda pada hari ini (26 Oktober), memasak sambil berinteraksi bersama kakitangan yang turut menyaksikan kemahiran Baginda menyediakan menu berkenaan. Seri Paduka Baginda kemudian menikmati menu berkenaan dalam santapan petang bersama kakitangan Baginda. Memasak merupakan antara hobi kegemaran Seri Paduka Baginda dan Sultan Ibrahim juga berkemahiran menyediakan pelbagai menu masakan. #YDPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara

♬ Live acoustic guitar, travel, nature, bright country music(1518704) – Br’z

Dalam suasana penuh mesra, Seri Paduka Baginda memasak pada Sabtu lepas, sambil berinteraksi bersama kakitangan yang turut menyaksikan kemahiran Baginda menyediakan menu berkenaan.

Foto – @theroyaljohor (TikTok)

Dipetik daripada Sinar Harian, tukang masak peribadi kepada Sultan Ibrahim, Hamdan Dollah berkongsi, Seri Paduka Baginda gemar memasak dalam jumlah yang banyak untuk dikongsi bersama petugas di istana.

Untuk pengetahuan kamu, memasak adalah antara hobi kegemaran Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda juga berkemahiran dalam menyediakan pelbagai menu masakan.

kari daging jepun sultan ibrahimSultan IbrahimYang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim
https://lomp.at/to5yw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore