Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ramai Bangga Lihat Siti Nurhaliza ‘Keluar Taring’ Nyanyi Lagu ‘The Power Of Love’ Diiringi David Foster

by Phic ARMAN
August 8, 2023
Share on Facebook

Ada satu kegembiraan istimewa dan kebanggaan dari rakyat Malaysia kepada penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza semalam. Kerana dia hanya menyanyi dengan vokal yang hebat sekali dengan diiringi David Foster. Siti merupakan salah seorang penghibur dalam konsert ‘Hitman: David Foster and Friends’ yang diadakan di di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. (7/8/2023).

Siti turut meluahkan rasa teruja kerana dapat membuat persembahan bersama pemain piano terkenal ini. Dalam konsert yang berlangsung lebih dari 2 jam itu, Siti mempersembahkan dua buah lagu iaitu . Salah satunya ialah The Power Of Love  dan  lagu Sehebat Matahari.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Nyanyian hebat Siti mendapat sorakan gemuruh dari penonton dan kata Siti selepas menyanyikan lagi nyanyian asal Celine Dion itu;

“Alhamdulilah Allah tolong saya. Saya hanya mahu membuktikan kepada semua bahawa, seorang anak seni dari Malaysia juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa”- ujarnya.

Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN

Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Konsert yang menyaksikan gandingan hebat penyanyi terkemuka di Malaysia bersama komposer dan pemuzik terkenal bertaraf antarabangsa ini bukan sahaja dilihat berpotensi tinggi untuk mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dengan negara luar, malah secara tidak langsung dana kebajikan untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan pelajar yang memerlukan dapat dikumpul melalui penganjuran konsert amal berskala antarabangsa oleh PRIHATIN.

Menurut Siti, beliau amat bersyukur dan merasa bertuah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berganding bersama pemuzik dan komposer terkenal itu.

“Saya pernah berkolaborasi bersama David Foster pada sembilan tahun yang lalu, dan Alhamdulillah, doa saya untuk bergandingan sekali lagi dengan beliau di atas satu pentas yang sama telah dimakbulkan,” ujar Siti.

“Saya juga berasa gembira dan amat berterima kasih kepada para peminat kerana sentiasa memberikan sokongan penuh kepada saya dan sudi menyumbang untuk dana kebajikan di Malaysia melalui Yayasan Prihatin Nasional.

Terima kasih juga kepada PRIHATIN dan B De Paris atas kerjasama yang sangat memberangsangkan dalam penghasilan konsert ini bagi membolehkan rakyat Malaysia memberi sumbangan secara tidak langsung bagi membantu mereka yang memerlukan,” ujar Figura Nombor Satu Negara itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, “Penganjuran Konsert David Foster & Friends yang menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini bakal memberi manfaat buat pelajar Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup di kampus.

Turut hadir memeriahkan konsert ini YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri-Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor (Isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang), YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Mukhriz (Putera DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), YAM Tunku Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra (Puteri kepada DYMM Pemangku Raja Perlis), YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh (Ketua Menteri Melaka), YB Dato’ Sri Azalina Othman (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang & Reformasi)
Hawa Rizwana, Nabil Ahmad, Diana Rafar, Sissy Iman dan Fazli Zainal.

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800
David fosterdiana rafarKatharine McPheeLoren AllredMichael Boltonnabil ahmadPeabo BrysonSissy Iman dan Fazli Zainal.siti nurhalizaYAM Tengku Puteri Afzan Aminah
https://lomp.at/354wc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara