Friday, August 1, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

[VIDEO] Ramai Terpersona Dengan Tengku Hassanal Di MARA LASAK PAHANG 2025

by Arsiqin Yusof
April 23, 2025
277
KONGSIAN
Share on Facebook

Cabaran Mara Lasak Pahang 2025 yang diadakan di Kampung Ulu Dong, Raub, menyaksikan penyertaan istimewa Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kehadiran baginda bukan sahaja mencuri tumpuan, malah membuktikan komitmen tinggi terhadap gaya hidup sihat dan semangat kebersamaan bersama rakyat.

Semua sudah sedia tahu, setiap kali baginda muncul di khalayak, pasti ada mata yang terpaku dan kali ini tidak terkecuali. Dengan penampilan segak dalam pakaian beruniform, wajah kacak yang tersenyum mesra dan sikap mesra rakyat, Tengku Hassanal berjaya menambat hati ramai dari peserta muda hingga ke warga emas yang hadir menyokong acara. Banyak perkongsian yang dimuat naik di laman media sosial, antaranya perkongsian daripada @fadzlikamal06 yang menunjukkan keratan video penyertaan Tengku sepanjang acara tersebut.

@fadzlikamal06

Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas limpah perkenan bercemar duli menyertai Cabaran Mara Lasak Pahang 2025 di Ulu Dong, Raub. Daulat Tuanku #kdpm #tengkuhassanal #tmp #tengkumahkotapahang #maralasak #maralasakpahang #maralasakpahang2025 #uludong #fyp #fmk #fadzlikamal #royalpahang #royalpahangfamily #this7 #prince #raub #Pahang #pahangdarulmakmur

♬ AVANGARD – Slowed – LONOWN

Program yang melibatkan lebih 570 peserta daripada pelbagai latar belakang ini menguji kekuatan fizikal dan mental dengan laluan sejauh 10 kilometer merangkumi laluan berbukit, denai hutan, dan sungai yang perlu ditempuh. Lebih mencabar, setiap peserta, termasuk baginda sendiri diwajibkan membawa beg seberat lima kilogram sepanjang cabaran.

Walaupun laluan mencabar, Tengku Hassanal dilihat begitu bersemangat dan tenang, mencerminkan ketahanan fizikal dan semangat kepimpinan yang tinggi. Ramai peserta mengakui mereka lebih termotivasi dengan kehadiran baginda, malah sempat berseloroh bahawa

“kalau penat pun, hilang bila tengok Tengku senyum.”

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan lasak dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Penyertaan Tengku Hassanal dalam cabaran ini membuktikan sokongan baginda terhadap inisiatif tersebut dan memperkukuh hubungan antara institusi diraja dengan rakyat

Kehadiran Tengku Hassanal bukan sahaja menyemarakkan semangat peserta, malah memperlihatkan sisi kepimpinan baginda yang dekat dengan rakyat. Semangat, keberanian, dan ketabahan yang ditunjukkan menjadi simbol perpaduan dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Acara ini diharap akan diteruskan pada masa hadapan, dengan semangat sama yang terus menyatukan rakyat melalui sukan, cabaran dan satu senyuman diraja yang tak mudah dilupakan.

[VIDEO] Gelagat Tengku Hassanal Beli Air Di Tepi Jalan, Cetus Tumpuan Ramai!
AktivitipahangPutera PahangsihatTengku Hassanal
Share111Tweet69SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem