Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati juadah sahur tanpa ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura.

Kongsi Ridzokumura atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib menerusi hantaran di Threads, menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun kedua anak lelakinya itu menyambut Ramadhan tanpa arwah ibunya selain menitipkan rasa syukur terhadap pembantu rumah yang sanggup datang ke rumah untuk menyediakan juadah sahur seawal jam 3.00 pagi.

“Pagi ini merupakan tahun kedua Sky menyambut Ramadhan tanpa arwah ibunya. Alhamdulullah, masih ada pembantu rumah yang sudi membantu.

Walaupun dia tak tinggal dengan kami, dia sanggup datang ke rumah seawal jam 3.00 pagi tadi demi menyediakan juadah untuk Sky. Kami siap semuanya sekitar jam 5.00 pagi seperti biasa.”-kongsi Ridzokumura di Threads

Dalam pada itu, dia mengakui rasa sebak apabila merakamkan momen anak lelakinya itu kerana kebiasaannya Sky akan ditemani ibunya di sisi, namun tempat itu kini telah kosong sejak pemergian isterinya itu.

“Seperti kebiasaan juga, saya ambil gambar Sky. Namun kali ini, hati saya terasa sangat sebak. Selalunya ada mak dia di sisi. Kini tempat itu kosong.”-tambah Ridzkomura lagi

Netizen Sebak!

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan Sky yang menyambut Ramadhan tanpa ibu di sisi, malah ramai yang meluahkan rasa rindu terhadap juadah sahur yang disediakan oleh arwah umpama ‘hidangan hotel lima bintang’.

“Tiba-tiba sebak sebab sahur aje mesti Almarhum ibunya berusaha buat yang terbaik untuk sahur dan berbuka puasa.”

“Tak ada lagi hidangan yang berdaun-daun sampai Ridz cakap macam kambing dibuatnya. Rindu hidangan arwah. Al-Fatihah untuk semua arwah-arwah yang telah diambil Allah.”

“Salam Ramadhan bang, jangankan abang, saya yang selalu mengikuti juadah sahur dan buka puasa isteri pun rasa sedih setiap menjelang waktu Ramadhan dan Raya. Apa-apapun Sky kuat..”

Sekadar info, Ridzuan Okumura mendirikan rumah tangga dengan Akiko Okumura pada Februari 2009. Hasil perkahwinan, padangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Namun, ujian menimpa apabila Akiko Okumura meninggal dunia pada Februari 2025 akibat terjatuh dari kondominium.

ridzokumura
https://lomp.at/rauwj
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen ‘Gerun’!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Pengacara, Hawa Rizwana berkongsi momen istimewa apabila dia berjaya menakluk Via Ferrata tertinggi di dunia, yang bermaksud 'jalan besi' dalam...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Spotlight

Perkongsian Syed Saddiq Di Twitter Pada 2017 Curi Perhatian, “YB Dah Lama Aim”

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara