• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

by Naddy Joe
October 3, 2025
Screenshot

Screenshot

Share on Facebook

Usahawan kosmetik, Sajat menggesa para selebriti dan pempengaruh untuk bersuara di platform media sosial masing-masing mengenai misi Global Sumud Flotilla yang  menghimpunkan delegasi antarabangsa dari 45 negara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Namun, 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia telah ditahan secara tidak sah oleh pihak berkuasa ‘Israhell’ apabila kapal yang dinaiki telah dipintas Rejim Zionis.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman menerusi sedutan ‘sesi live’ yang dimuatnaik netizen di TikTok, memaparkan Sajat yang memakai hiasan mahkota di kepala itu menyeru para selebriti dan pempengaruh untuk bersuara mengenai apa yang sedang berlaku kepada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Kepada semua selebriti, influencer mendiamkan diri, setidak-tidaknya anda bersuara atau share-kan tentang apa yang terjadi sekarang.

Sajat dengan ini mewakili persatuan adik-adik di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara melaungkan bahawasanya kita berentap sekarang. Kita share-kan apa yang berlaku Jangan diamkan diri. Siapa yang tak bersuara tu keluarkan suara.”-kata Sajad dalam live

@sajatperempuanfuh

All Eyes on Sumud Flotilla🤍 Sumud Flotilla is a Humanitarian, non-violent solidarity mission. It’s mission is peaceful and fully in compliance with international law. #sumudflotilla #globalsumudflotilla #prayforpalestine #prayforsumudflotilla #sumudnusantara

♬ original sound – SajatNur – SajatNur

“Bangga Sebab Dia Berani Bersuara Tentang Ini…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Sajat, malah ramai yang memuji usahawan kosmetik ini berani bersuara mengenai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

“Akhirnya dia dah keluarkan suara jantan dia. Terbaik abg Sajat ku.”

“Tak tahu nak sedih ke nak gelak tengok video ni.”

“Macam pengumuman raya Jat. Apa-apa pun thank you Jat bersuara.”

“Diorang sibuk buat live berniaga nok, takde sikit pun rasa resah.”

“Kita yang follower sikit pun share pasal Sumud ni, ada influencer yang follower beratus ribu, ada yang juta, tapi satu update pun tak ada pasal Sumud ni.”

“Dosa dia dengan Tuhan biarkan dia, tapi bangga sebab dia berani bersuara tentang ini!.”

Setakat ini, 23 aktivis dan sukarelawan Malaysia ditahan pihak berkuasa ‘Israhell’ apabila kapal yang mereka naiki dipintas Rejim Zionis.

Mereka termasuklah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu), penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Sajat Berang Didakwa Sudah Meninggal Di London!-"Saya Masih Hidup Ya.."
nur sajatsajat
https://lomp.at/3vjvc
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore