Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Senyap Tak Sebut ‘Merry Christmas’, Netizen Puji Sabronzo- “Sebab Dia Masih Sedar Agama Dia”

by Nurul A.
December 26, 2025
Foto - @sabronzo (IG)

Foto - @sabronzo (IG)

30
KONGSIAN
Share on Facebook

Sering dilanda kontroversi, salah seorang ahli kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo kali ini menjadi perbualan hangat pengguna media sosial selepas video ucapan Krismas rasmi kumpulan itu dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Dalam video pendek berdurasi 10 saat itu, Tabby dan Angel dengan gembiranya mengucapkan “Merry Christmas” kepada peminat mereka yang menyambut perayaan itu.

Manakala Sabronzo, atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, dilihat hanya berdiri tersenyum manis sambil mengangguk tanpa mengucapkan frasa “Merry Christmas”. Tindakannya yang kekal ‘senyap’ itu secara tidak langsung menarik perhatian ramai.

@dollaofficial

Merry Christmas, everyone 🎄 Wishing you warmth and joy, keep on sleighing into the new year ✨🤍

♬ original sound – Dolla Official – Dolla Official

“Selamat Hari Krismas semua. Semoga anda sentiasa dilimpahi kehangatan dan kegembiraan, teruskan meluncur ke tahun baru.”

Menjengah ke ruangan komen, peminat DOLLA terutamanya mereka yang beragama Islam, memuji sikap Sabronzo yang kekal ‘senyap’ tanpa cuba menyebut frasa tersebut.

“Nasib baik Sab bijak wei kalau tak bertubi-tubi kena.”

“Bagus Kak Sabronzo. Sebab dia masih sedar agama dia. Love you kak Sabronzo.”

“Respect Sab. Dia diam je and just smile.”

“Bagus Sab. Kang kalau dia join ucap sekali jadi pertikaian pulak.”

View this post on Instagram

Ramai yang menganggap tindakannya itu sebagai tanda penghormatan kepada agama yang dianutinya dan usaha bijak mengelak sebarang kontroversi berkaitan sensitiviti agama.

Untuk pengetahuan semua, Sabronzo adalah satu-satunya ahli kumpulan DOLLA yang beragama Islam. Penyanyi ini sering menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana berpenampilan seksi dalam muzik video dan juga persembahannya.

View this post on Instagram

Malah ada juga yang mencadangkan tindakan syariah terhadapnya, tetapi Sabronzo kekal fokus pada kerjaya sambil cuba mengimbangi imejnya. Apa-apa pun MURAI tumpang bangga apabila Sabronzo berusaha untuk mengelak sebarang kontroversi ke atas dirinya.

[VIDEO] "Jennie Blackpink Pun Kalah Macam Ni!" - Sabronzo Dolla Dikecam Hebat, Netizen Kecewa Dengan Penampilan Seksi
Dolladolla sabronzoSabronzowan sabrina wan rusli
https://lomp.at/ugtph
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara