Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari lahir suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-67 pada Khamis.
Kongsi Siti di Instagram, beliau turut menitipkan rasa syukur apabila seluruh ahli keluarga termasuklah bekas isteri Datuk K iaitu Tengku Zawyah Tengku Izham dan suaminya Datuk Seri Rayyan Joseph King Abdullah turut hadir meraikan hari lahir Datuk K yang jatuh pada 1 Ramadhan tahun ini.
“Alhamdullillah, semalam pertama ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah & DS Rayyan JK ..Tarikh sebenar kelahiran DS Khalid jatuh pada hari pertama berpuasa jadinya sempat buat sambutan yang ke 3 kali..
Alhamdulillah, tiada apa dapat diluahkan selain syukur kehadrat Allah swt kerana dapat berkumpul semuanya untuk berbuka, solat bersama & mendoakan segala yang terbaik buat orang yang disayangi..
Semoga Allah swt kuatkan keimanan kita, panjangkan usia dengan keberkatan dan kumpulkan kita sama sama di syurga firdausi.. Aamin ya rabb.”-tulis Siti Nurhaliza di Instagram
Di ruangan komen, rata-rata peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Datuk K, malah ramai yang meluahkan rasa terharu melihat hubungan harmoni di antara Datuk K bersama keluarga bekas isterinya itu.
“MasyaAllah tabarakallah, keluarga yang begitu kompak, rukun, dan harmoni.”
“Alhamdulillah Datuk K dapat banyak sambutan hari jadinya. Semoga keluarga ini diberi rahmat dan hidup dengan harmoni dan penuh dengan kasih sayang.”
“Good example of marriages. Tak berdendam, tak bermasam muka. Rare to find.”
Sekadar info, Datuk K mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Datuk K juga mempunyai empat cahaya mata hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Anas Zawawi, Adib Khalid, Asyraf Khalid, dan Aazief Khalid.






