Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

(VIDEO) Suspek Bunuh Kim Jong-nam Antara Perserta ‘Vietnam Idol’

by Phic ARMAN
February 23, 2017
Share on Facebook

Salah seorang suspek utama pembunuhan Kim Jong-nam yang merupakan wanita dari Vietnam pernah menyertai sebuah pertandingan realiti tv popular. Penahanan wanita warga Vietnam itu dilakukan setelah dia dikesan sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Menurut AsiaOne, wanita tersebut pernah menyertai rancangan televisyen ‘Vietnam Idol’ pada bulan Jun 2016, tetapi ketika itu tidak menggunakan nama asalnya Doan Thi Huong, sebaliknya dia menyamar sebagai “Dinh Thi Khuyen” untuk penyertaan.

https://www.youtube.com/watch?v=mdgvviBRcQU

Sedutan video dari Youtube ini menyaksikan dia di dalam pertandingan itu dan tersebar di laman media sosial. Dalam video ini juga memaparkan jelas wanita tersebut yang bernama “Dinh Thi Khuyen” berpakaian agak seksi serta merupakan calon yang bernombor penyertaan ‘67816’.

Ketika sesi ujibakat, didapati dia hanya sempat menyanyi kira-kira lebih 10 saat, lalu terus disuruh berhenti oleh juri.

Wanita Vietnam ini antara suspek yang dikenal pasti melalui CCTV dengan bertindak menyembur racun ke muka Kim Jong-Nam, manakala 4 lagi lelaki memerhatikan mereka dari sebuah restoran Nyonya di lapangan terbang itu.

Sumber

[VIDEO] "Kita Punya Kampung, Perempuan Takda Kirja" - Lelaki Bangladesh Mengeluh Wanita Malaysia Bekerja
globaljenayahkoreaViralwanita
https://lomp.at/ibfmq
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara