Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

by Phic ARMAN
April 13, 2026
Share on Facebook

Ramai yang masih rindu dengan kelunakan suara Datin Seri Camelia, dan terbaru kemunculan beliau kembali mencuri perhatian apabila tampil menyanyikan lagu-lagu malar segar daripada legenda muzik tanah air seperti Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok melalui akaun @aizatmuhaimin88, Camelia dilihat hadir dalam suasana santai seperti majlis rumah terbuka Hari Raya, namun yang paling mencuri tumpuan pastinya apabila beliau kembali ‘beraksi’ dengan suara yang masih lunak dan penuh nostalgia.

Camelia & Suami Berduet, Suasana Jadi Lebih Meriah

Apa yang lebih menceriakan, Camelia turut berduet bersama suaminya, Datuk Seri Akhbar Khan. Walaupun bukan penyanyi profesional, suaminya dilihat sporting dan tidak kekok untuk sama-sama menyanyi, sekali gus menambah warna dalam suasana tersebut.

Ramai netizen memuji chemistry pasangan ini yang nampak sangat santai dan “humble”, seolah-olah satu keluarga besar sedang berkumpul sambil menikmati muzik bersama.

Sempat Sumbang Lagu “Doa Buat Kekasih”

Dalam video yang sama, Camelia turut menyampaikan lagu berjudul Doa Buat Kekasih, yang sekali lagi membuktikan bahawa aura dan vokal beliau masih mampu membuat ramai terhenti seketika untuk mendengar.

Walaupun tampil ringkas, persembahan itu cukup untuk mengubat rindu peminat yang lama menantikan kemunculan beliau.

Netizen: “Awet muda Camelia ni!”

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti memuji penampilan Camelia yang disifatkan seperti tidak dimamah usia.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“Time aku kecik muka Camelia mcm ni, skrg aku dah 30 pun muka dia masih camni”

Dan seorang lagi menulis:

“cantiknya camelia tdk ditelan usia…awet muda..tapi baju tu juga lh bikin jatuh cinta”

Rata-rata turut kagum dengan gaya Camelia yang kekal elegan serta aura klasik yang masih sama seperti dulu.

[VIDEO] Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian: “Apa Ni, Tak Berubah Ya…”

Momen Nostalgia Yang Buat Ramai Rindu

Kemunculan santai ini secara tidak langsung mengembalikan nostalgia peminat terhadap era kegemilangan Camelia, yang pernah menjadi antara suara wanita paling ikonik dalam industri muzik tempatan.

Walaupun hanya muncul dalam suasana kasual, video ini jelas membuktikan bahawa aura Camelia masih kuat dan peminat masih setia menunggu lebih banyak kemunculan beliau di masa depan.

@aizatmuhaimin88

Such A Sweet Moment, Singing Together So Beautifully🤍🤍🤍

♬ original sound – ACACIA SCENT HQ – ACACIA SCENT HQ

cameliadatin seri cameliaDatuk Seri Akhbar Khan
https://lomp.at/rw7im
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Rozi Kongsi Kisah Siti Nurhaliza & Mendiang Chester Bennington Yang Ramai Tak Tahu

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, baru-baru ini berkongsi satu memori manis zaman dia terlibat dengan MTV Asia Award...

Read moreDetails
Spotlight

Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara