Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

[VIDEO] Transgender Ini Dipantau Tentera Saat Tunai Umrah, Sedih Dipanggil ‘Akhir Zaman”

by Phic ARMAN
October 19, 2023
Share on Facebook

Dimuatnaik oleh akaun TikTok @jessjsc dengan nama Princess Jessica pada minggu lalu viral saat seorang transgender kembali fitrah sebagai lelaki ketika menunaikan ibadah umrah. Biarpun transgender itu telah mengubah penampilan fizikalnya menjadi cantik seperti wanita, ketika mengerjakan umrah dia tetap memilih untuk menjadi seorang lelaki.

Dalam video yang dimuat naik @jessjsc itu, transgender itu dilihat hanya memakai dua helai kain ihram seperti jemaah lelaki umumnya ditemani kedua-dua orang tuanya.

Saat dia mengerjakan umrah,  dia tidak dapat menyembunyikan kecantikan yang jelas terpancar di wajahnya. Dalam muat naik video nya dia berkata,

“Sehingga kini, saya masih memohon kepada Allah agar dipanjangkan kesabaran saya, dan diberi kemudahan untuk beribadat di rumahNya dengan aman tanpa diserang oleh tentera. Saya minta kawan-kawan mendoakan saya kuat sehingga selesai ibadah umrah”- tulisnya di ruangan kapsyen.

Wajahnya licin, kening kemas, kulit cerah dan rambut perang yang panjang dan bergelombang. Melihat perkara ini, jemaah lelaki lain bingung.  Princess Jessica sempat berkongsi video bagaimana reaksi jemaah lain melihat penampilannya.

https://www.tiktok.com/@jessjsc/video/7290970602230369541

Bukan sahaja ketika menjalankan ibadah umrah, transgender itu juga tampil sebagai seorang lelaki dalam kehidupan seharian ketika berada di tanah suci. Daripada bertudung, dia tampil lebih berjubah putih dan berserban.

Dia tidak kisah apabila orang ramai keliru dengan wajah cantik dan penampilannya yang kelihatan tidak selaras. Malah dengan selamba dia mengajak jemaah lelaki lain untuk bergambar bersama.

Apa yang dilakukan oleh transgender itu segera mendapat pujian daripada netizen. Ramai juga yang mendoakan agar beliau mendapat hidayah dan dapat kembali menjadi insan yang sempurna.

“InsyaAllah semua akan kembali kefitrah ya selalu semangat beribadah serahkan semua kepada Allah SWT”- tulis netizen

“Allah memandangmu dari sisi lainnya..abaikan saja penilaian manusia..yg penting Allah memandangmu ya ganteng”- tulis netizen.

Dalam pada itu, sebelum ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pernah menjelaskan bahawa wajib bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya,

[VIDEO] "Semua Manusia Di Bumi Ini Berhak Bahagia" - Lucinta Luna Kongsi Momen Indah Bersama Kekasih

Beliau mengulas isu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah.

Menurutnya, perbuatan mengenakan pakaian bukan mengikut jantina asal tetap haram dan dikira berdosa walaupun mematuhi rukun umrah.

“Malah, beliau boleh dikenakan dam kerana melanggar wajib umrah. Masalah ini disebut oleh fuqaha sebagai infikak al-jihah (hukum yang terpecah kepada beberapa bahagian),” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Katanya, perkara itu bertepatan dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-28 Musim Haji 1433H dalam kertas kerja bertajuk Khunsa Dan Mukhannas Dalam Permasalahan Ibadat Haji.

Princess Jessicatransgender
https://lomp.at/y3zpx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara