• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon wanita yang pernah menguasai layar perak pada era 80-an hingga 90-an. Mereka ini pernah menjadi simbol kecantikan, gaya dan “star power” pada zaman kegemilangan industri filem Hindi. Hari ini, kebanyakan daripada mereka sudah pun berusia antara 45 hingga 70 tahun, namun pesona yang pernah membuatkan dunia memandang masih kekal tersimpan pada wajah masing-masing.

Antara yang disebut dalam video itu ialah Kajol, yang kini berusia 51 tahun. Walaupun usianya sudah melepasi separuh abad, ekspresi wajah dan karismanya masih sama seperti zaman DDLJ, seolah-olah masa tidak terlalu mengubah penampilannya. Kareena Kapoor pula kini berusia 45 tahun, dan selain tetap tampil memukau, kekayaan beliau juga sering menjadi bualan. Kareena dilaporkan memiliki kekayaan lebih USD 50 juta, menjadikannya antara aktres terkaya Bollywood dan setaraf malah ada yang mengatasai beberapa bintang Hollywood seusia.

@bollywood_deol

Even our favorite actresses grow old with time.💔#kareenakapoor #karishmakapoor #kajol #juhichawla #raveenatandon

♬ original sound – bollywood.songs

Tidak ketinggalan, Rani Mukerji yang kini berusia 48 tahun turut menjadi perhatian dalam video tersebut. Ramai terkejut melihat penampilannya yang tampak sangat natural, malah hampir tiada garis-garis penuaan ketara pada wajahnya. Ruang komen dipenuhi pujian warganet yang bersetuju bahawa Rani kelihatan paling asli dan menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa perlu berlebihan.

Madhuri Dixit, bintang besar era 90-an, kini berusia 58 tahun. Namun wajahnya masih menyimpan keanggunan yang sama seperti ketika beliau menjadi ratu tarian Bollywood. Walaupun jelas matang, wajahnya tetap memiliki kelembutan dan kelas yang menjadikannya legenda yang sukar ditandingi.

Beberapa pelakon lain seperti Juhi Chawla yang kini berusia 57 tahun, Karisma Kapoor pada usia 52 tahun, dan Tabu yang mencecah 54 tahun, turut muncul dalam video berkenaan. Mereka semua membuktikan bahawa kecantikan tidak hilang dengan berlalunya masa, ia hanya berubah dalam bentuk yang lebih matang dan elegan.

Melihat wajah-wajah ini, timbul satu kesedaran kecil bahawa kita juga menua bersama mereka. Bezanya, kehidupan mereka jauh lebih mewah, dengan akses kepada penjagaan diri dan rawatan kecantikan yang pastinya memerlukan kos tinggi. Namun di sebalik segala itu, ada sesuatu yang tetap sama,  daya tarikan yang tidak pernah lenyap.

Fenomena ini mengingatkan kita bahawa kecantikan tidak terletak pada muda atau tua, tetapi pada cara seseorang menjaga diri dan membawakan diri mereka. Dan para pelakon Bollywood era 80 hingga 90-an ini jelas menunjukkan bahawa usia bukan halangan untuk terus bersinar.

Bukan Penyakit 'Ain, Tetapi Ini Sebabnya Rani Mukerji Tak Pernah Tayang Gambar Kahwin
rani mukerji
https://lomp.at/4gykr
Share17Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore