Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari 25 April hingga 5 Mei 2026. Peningkatan ini termasuk kira-kira 500 penerbangan tambahan, iaitu peningkatan sebanyak 16% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah kapasiti tempat duduk domestik mencecah sekitar 832,000. Ia meningkat 18% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Tempoh cuti ini, yang merangkumi Hari Peringatan Raja Hung serta sambutan Hari Penyatuan Semula dan Hari Pekerja Antarabangsa, dijangka menjadi antara musim perjalanan paling sibuk di Vietnam. Ia menjadi musim yang kedua tersibuk selepas Tahun Baharu Cina, dan setanding dengan musim puncak perjalanan Hari Raya di Malaysia.

Vietjet kini menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City, dan Da Nang. Bagi rakyat Malaysia yang merancang percutian, Vietjet menyediakan sambungan yang lebih mudah ke laluan domestik permintaan tinggi. Terutamanya yang menghubungkan bandar utama dan hab pelancongan seperti Nha Trang, Hue, Quy Nhon, dan Phu Quoc.
Dari sekarang hingga 10 April 2026, jam 11.59 malam (waktu Malaysia), pelancong Malaysia boleh menggunakan kod promosi SALE20. Kod ini hanya boleh digunakan apabila menempah tiket Deluxe dan SkyBoss untuk menikmati diskaun sehingga 20% (tidak termasuk cukai dan yuran). Promosi ini sah untuk perjalanan di seluruh rangkaian Vietjet sehingga 31 Ogos 2026. Tempahan boleh dibuat melalui www.vietjetair.com, aplikasi mudah alih “Vietjet Air”, atau saluran jualan sah yang lain.

Dengan rangkaian luas yang menghubungkan Vietnam ke destinasi utama di seluruh Asia-Pasifik, Vietjet membuka peluang kepada pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan. Syarikat penerbangan ini juga berada dalam kedudukan kukuh untuk menampung peningkatan jumlah penumpang sambil mengekalkan kecekapan operasi.






