• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Viral! Kisah Cinta Wanita Turki Yang Setelah Berkahwin Dengan Tukang Sapu Indonesia

by Jash Lee
August 28, 2021
155
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana. Beginilah kisah cinta seorang wanita Turki yang tinggal di Austria menjadi viral di YouTube pada Mei 2020 dek kerana dia yang telah berkahwin dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai Pekerja Pengendalian Kemudahan Dan Prasarana Awam (PPSU) untuk DKI. Wanita yang bernama Romansa Arzum ini telah berkahwin dengan tukang cuci (DKI) Jakarta yang bernama Bambang Irawan atau lebih senang dikenali sebagai Awanzha atau Awan.

Menurut sumber, Arzum memberitahu bahawa dia dan Awan berkenalan melalui aplikasi karaoke Smule  dan mereka berkahwin pada tahun 2019. Arzum adalah orang pertama yang mengundang Bambang atau Awan untuk berkenalan dan dia juga mengakui bahawa dia telah jatuh cinta dengan Awan sejak mereka sering berduet di Smule. Arzum bahkan sanggup terbang dari Austria ke Indonesia hanya untuk bertemu dengan kekasihnya itu.

Arzum mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya yang terdahulu yang bernama Melodi Putri. Menurut Arzum, sejak berumur 11 tahun lagi dia telah belajar bahasa Indonesia melalui pelbagai platform seperti filem, lagu dan google.

via viralnesia.com

Menurut Arzum, tahun ini sepatutnya dia berpindah ke Indonesia dan tinggal bersama mentuanya di sana namun kerana pandemik dia tidak dapat meneruskan niatnya itu. Melalui kandungan YouTubenya yang berjudul ‘Berita Buruk Buat Saya’ , dia merasakan bahawa apa yang terjadi adalah sebagai berita yang buruk padanya. Dia juga tidak dapat menemui suaminya itu kerana masih belum menerima vaksin.

“Saya tidak tahu sampai bila orang luar yang ingin datang ke Indonesia harus menerima vaksin terlebih dahulu dan saya juga tidak mahu diberi vaksin, sekarang saya bingung apa yang harus saya lakukan. Bagaimana untuk saya dan suami dapat bersatu.” kata Arzum. Bagi Arzum ini adalah penderitaan terbesar buatnya.

KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli

Awan juga ada mengatakan, “Jika kamu masih tidak menemui jalan keluar, kamu harus terlebih dahulu mendapatkan vaksin”

Arzum memberitahu bahawa kali terakhir dia dan suaminya berjumpa adalah pada bulan Ogos 2019. Setelah itu,  Arzum yang masih pasangan pengantin baru dengan Awan harus pulang ke Austria. Sekarang dia dan suaminya terpaksan menjalani LDR dan hanya berkomunikasi melalui panggilan video.

via winnetnews.com

“Saya sedih kerana tidak dapat pergi ke Indonesia untuk menemui suami saya, kami sudah 2 tahun berkahwin tetapi secara LDR. Kadang-kadang saya merasa seperti mahu menyerah,” kata Arzum.

Melihat Arzum yang gugup kerana tidak dapat pergi ke Indonesia, Awan juga berusaha untuk meyakinkan isterinya dan meminta agar isterinya itu tetap sabar semasa seluruh dunia  sedang dilanda wabak ini. Arzum mengatakan bahawa Awan juga sebenarnya merasakan hal yang sama. Kini suaminya itu harus berjimat sekiranya dia dapat bertemu dengan isterinya di Austria satu hari nanti.

“Reaksinya sama dengan saya, dia juga sebenarnya sangat sedih tetapi apa yang boleh mereka lakukan, kami hanya boleh berusaha sehingga nanti sempadan sudah dibuka dan mereka boleh bersatu semula.” kata Arzum lagi dengan nada yang sangat sedih.

arzumdanarwanViralwanitaturki
https://lomp.at/249gd
Share62Tweet39SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

by Khai Azfar
July 16, 2021

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore