• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Vivy Yusof Kagum Dengan Lukisan Dari Peserta ‘Paint Your dUCk’!

by Phic ARMAN
August 4, 2021
Share on Facebook

Kumpulan dUCk telah menyatukan pelanggan untuk mengumpul dana menerusi jualan lelong ‘Paint Your dUCk’ bagi menyokong barisan perubatan yang bertungkus lumus menangani kesan pandemik COVID-19. Lelongan ‘Paint Your dUCk’ telah dianjurkan dari 20hb hingga 27hb Julai di getducked.com.

Menerusi lelongan itu, peserta peraduan ‘Paint Your dUCk’ diminta memaparkan lukisan di permukaan kotak ungu mereka di laman web dUCk untuk dibeli oleh pihak yang berminat bagi tujuan amal.

Dana yang dikumpul akan disumbangkan kepada IMAM Response & Relief Team (IMARET) untuk membeli peralatan perubatan seperti tangki oksigen dan untuk membantu menyenangkan tenaga dan menggerakkan sukarelawan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan PPV bergerak.

Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama Kumpulan dUCk

Kes-kes COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan mendadak baru-baru ini dan barisan perubatan kita bekerja sepanjang masa untuk merawat pesakit COVID-19 di Malaysia. Pasukan dUCk telah berhubung dengan Dr. Husna Musa, Ahli Pengasas & Exco IMARET, yang menjelaskan bahawa mereka amat memerlukan tangki oksigen dan sukarelawan untuk menyokong usaha berterusan menangani pandemik.

‘Paint Your dUCk’!

Pasukan dUCk mengambil keputusan untuk memberikan sokongan dengan mengumpul dana untuk membantu menangani keadaan yang amat mencabar ini.

“Untuk mengumpul dana ini, kami ingin melakukan sesuatu yang bukan sahaja lain dan seronok, tetapi juga secara langsung melibatkan masyarakat. Saya amat kagum dengan lukisan yang dihasilkan daripada perserta ‘Paint Your dUCk’!

Pelanggan kami begitu berbakat, saya tahu ini boleh menjadi sesuatu yang lebih besar dan pada masa yang sama, digunakan untuk usaha murni. Kami mahu mereka merasa bangga dan menjadi sebahagian daripada projek kami dengan mengumpul dana menerusi hasil seni mereka sendiri,” kata Vivy Yusof, Ketua Pegawai Kreatif dan Pengasas Bersama Kumpulan dUCk.

Hasil Seni Penuh Bermakna

Kejayaan lelongan terletak pada pelanggan yang memaparkan hasil seni lukis mereka yang cantik untuk menyokong inisiatif Kumpulan dUCk. Lelongan ini telah menarik penyertaan 150 pelukis yang menghasilkan sebanyak 483 lukisan unik untuk jualan.

 Berikut adalah hasil seni lukis yang mendapat tawaran paling tinggi dalam lelongan

Fuji & Freeze (Fuji & Salji) | Instagram: @rabiatulsan
Wild Roses (Mawar Liar) | Instagram: @dayang.is.dayang / @dayang.do.art
Purpleradise (Syurga Ungu) | Instagram: @yaulacap 

Selain lelongan ‘Paint Your dUCk’, dUCk bekerjasama dengan Art Battalion untuk melancarkan koleksi ‘Hope by Art Battalion’ untuk menyokong industri seni lukis yang terkesan dengan pandemik.

Art Battalion ialah kumpulan pelukis mural profesional Malaysia yang dikenali kerana lukisan mural mereka. Setakat ini, mereka telah melukis lebih 500 mural di seluruh Malaysia. dUCk bekerjasama dengan 22 pelukis mereka untuk mencipta 107 beg beli-belah dUCk lukisan tangan yang unik.

Koleksi ini, yang dilancarkan pada 15hb Julai telah habis dijual dalam masa 3 minit! Anda boleh kunjungi laman Instagram mereka @art.battalion untuk melihat hasil lukisan Art Battalion dan menyokong perjalanan seni mereka.

Sumbangan Tidak Berakhir Di Sini

Bertepatan dengan komitmen mereka untuk menyokong masyarakat yang memerlukan, ini bukan inisiatif pertama yang dilaksanakan oleh Kumpulan dUCk untuk mengumpul dana. Baru-baru ini, dUCk bergabung dengan MyFundAction untuk melancarkan dana kecemasan bagi mengumpul sejumlah RM500,000 untuk membekalkan makanan kepada keluarga yang kehilangan pendapatan.

Manakala pada bulan Mei, Kumpulan dUCk bekerjasama dengan Viva Palestina Malaysia (VPM) untuk menubuhkan dana kecemasan bagi membekalkan keperluan perubatan dan bantuan kritikal kepada mangsa peperangan di Palestin. Dalam masa hanya 2 hari, Kumpulan dUCk berjaya mengumpul dana RM1,000,000. Untuk menambah keceriaan sempena Hari Raya pada tahun ini, dUCk menyumbangkan RM100,000 kepada rumah-rumah orang tua di seluruh Malaysia.

Pada 2020, Kumpulan dUCk menyumbangkan 1,700 skarf Fluff dUCk, tudung yang dibuat 100 peratus daripada kapas, kepada pertugas barisan depan, yang diagihkan menerusi Pertubuhan Ikram Malaysia.

vivy yusof
https://lomp.at/wxnza
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Mimi Lana Hamil? Video Sambutan Hari Lahir Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

by Aphit J.
November 22, 2025

Desas-desus mengenai kehamilan pelakon Mimi Lana kembali hangat diperkatakan selepas sebuah video sambutan hari lahirnya tular di media sosial. Momen...

Read more
Foto - @sunbin_eyesmag (IG)
Korea

[VIDEO] Asyik Ditanya “Bila Nak Kahwin”, Ini Jawapan Lee Kwang Soo

Aktor Korea Selatan, Lee Kwang Soo telah mengejutkan orang ramai dengan kisah hubungan cintanya dengan aktres Lee Sun Bin, sambil...

Read more
by Nurul A.
November 11, 2025
Lokal

Amyra Rosli Buat Ibu Bapa Menangis Terharu, Hadiahkan SUV Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Mereka

Pelakon terkenal Amyra Rosli menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan ibu dan bapanya sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sempena ulang tahun...

Read more
by Puteri Alia
November 24, 2025
Lokal

Fitnah RM5 Juta, Mentua Nubhan Mengamuk! Bertegas Tak Akan Diam Bila Maruah Keluarga Dicalar

Dituduh menuntut wang RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan, ibu mentua kepada penyanyi popular Nubhan, iaitu Zailah Zainudin tampil menafikan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
November 10, 2025
Foto - Deccan Chronicle
Bollywood

Sisi Gelap Abhishek Bachchan Yang Ramai Tak Tahu- No.3 Paling Mengejutkan!

Abhishek Bachchan ialah satu-satunya anak lelaki pelakon veteran Bollywood popular iaitu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan. Menjadikan bapa sebagai idola,...

Read more
by Nurul A.
September 19, 2025
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Beri Penghargaan Kepada Nubhan, Netizen Puji Sikap Ibu Dr Fie- “Punya Ilmu & Cukup Adab”

"Buang yang keruh, ambil yang jernih", itu peribahasa yang sesuai untuk gambarkan keperibadian ibu Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin....

Read more
by Nurul A.
November 28, 2025
Lokal

Natasha Hudson Kembali Freehair, Padam Semua Gambar Berhijab Dan Tampil Tanpa Tudung Di Pantai

Pelakon dan model terkenal Natasha Hudson sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat memadam semua foto dirinya berhijab di laman...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

Keith Foo Bimbang Kes Sosial Pelajar Meningkat -“Jangan Salahkan Dunia Hiburan, Didikan Bermula Dari Rumah!”

Pelakon Keith Foo meluahkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes sosial membabitkan pelajar sekolah yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sebagai...

Read more
by Puteri Alia
October 22, 2025
Korea

[VIDEO] Park Bo-gum Memukau Peminat Malaysia Dengan Baju Melayu

Pada 13 September 2025 yang lalu, pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Park Bo-gum, sekali lagi mencuri hati peminat Malaysia...

Read more
by Noah Ab
September 16, 2025
Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Ditangkap Tentera Isr43l, Rakyat Malaysia Titip Doa

kira-kira pukul 5.45 pagi waktu Malaysia, penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal layar bernama Huga telah diserang dan ditangkap oleh...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore