• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ramai Ingat Lagu Ella” – Kerana Tiktok, Peminat Kembali Mencari Elia

Elia secara kebetulan memiliki nama dan suara yang hampir sama dengan ratu rock negara.

by Khai Azfar
June 28, 2021
Share on Facebook

Dua dekad yang lalu,buat mereka yang lahir pada era 90-an, pasti pernah terdengar lagu hits berjudul ‘Biar’ yang sering kali dimainkan di corong radio.

Elia Kembali Menggamit Memori

Ihsan Elia

Memiliki suara serak basah, ada diantara peminat yang menyangka bahawa lagu tersebut milik ratu rock negara, Ella. Namun hakikatnya, pelantun lagu tersebut adalah Elia yang secara kebetulan memiliki nama dan suara yang hampir sama dengannya. Kini selepas 25 tahun berlalu, lagu Biar kembali menggamit memori apabila ia dimuatnaik semula oleh pengguna di laman TikTok sekaligus membuatkan ramai tertanya dimanakah Elia?

@poktehjdtofficial

Assalamualaikum #fypシ #foryoupage

♬ bunyi asal – Zack jdt. roti canai – Poktehjdt Official

Berjaya dihubungi Murai.my, Elia atau nama sebenarnya Elia Liza Jahaya,45 berkata dia masih aktif menghiburkan orang ramai namun lebih memfokuskan nyanyiannya secara langsung di beberapa aplikasi media sosial. Mengimbas kembali zaman kegemilangannya, Elia berkata dia bergerak aktif pada tahun 1996 bersama 10 buah lagu dan single Biar berjaya melonjakkan karier seni nya.

Masih Aktif Dalam Industri 

Ihsan Elia

Namun, setahun selepas itu, dia terpaksa memperlahankan seketika kariernya berikutan mempunyai sedikit isu dengan syarikat rakaman. Bagaimanapun, isu tersebut berjaya diselesaikan dengan baik dan meneruskan minatnya itu sehingga ke hari ini.

“Video di dalam YouTube itu adalah pada tahun 1996 ketika lagu ‘Biar’ dicalonkan dalam muzik-muzik. Saya masih aktif nyanyi cuma setahun selepas itu saya balik ke kampung sementara bagi menyelesaikan beberapa perkara”

“Alhamdulillah, semuanya berjaya diselesaikan dengan baik. Apabila melibatkan kerjaya, saya memilih untuk bebas berkarya. Malah sepanjang bergelar penyanyi, saya teruskan minat itu dengan membuat persembahan di gig dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, saya terus menyanyi dan mencipta lagu buat mereka yang inginkan lagu dari saya” katanya kepada Murai.my

YouTube video

Bercakap mengenai suaranya seakan Ella, Elia berkata suaranya memang dilahirkan sedemikian dan tidak mempunyai niat untuk meniru gaya penyanyi Rama-Rama itu. Menjadikan kumpulan XPDC sebagai idolanya, Elia turut berkata segalanya berlaku secara kebetulan.

“Saya membesar dengan lagu-lagu Ella. Namun, ketika proses rakaman lagu, saya menjadikan kumpulan XPDC sebagai idola dan rujukan kerana ingin bawakan lagu ‘heavy rock’. Tetapi tiada rezeki kerana syarikat rakaman menganggap saya masih remaja dan kena ikut target pasaran secara kebetulan ketika itu genre pop rock tengah menjadi tumpuan. Suara saya memang tidak ‘dibuat-buat’ ketika itu sudah terdetik mesti akan ada yang beranggapan sama seperti Ella,dah la nama nak sama.” jelasnya

Akui Elia, dia terharu dan tidak menyangka bahawa masih terdapat peminat yang masih mengingatinya dan sudi memuatnaik video tersebut di aplikasi Tiktok. Malah, ada diantara mereka yang mengharapkan agar Elia mencuba nasib di dalam program realiti seperti Gegar Vaganza.

“Alhamdulillah. Saya terharu bila ada yang sudi kongsi video berkenaan tetapi saya akui saya tidak lagi popular seperti dahulu. Kadang-kadang bila buat persembahan, ada peminat yang baru tahu itu adalah lagu saya. Kalau dahulu, memang susah nak promosi lagu tak macam sekarang”

” Apa yang saya boleh cakap, saya masih berkarya di bawah nama Elia LJ. Kalau pasal GV, ada yang tawarkan Insyallah saya akan mencuba nasib jika ada rezeki” katanya

Buat Persembahan Di Aplikasi Starmaker & Mico

Masih berhubung dengan rakan-rakan penyanyi seangkatannya seperti Adilla, Abot, Mac Rahayu dan ramai lagi, Elia berkata secara jujurnya berkata, dirinya tidak kisah sekiranya dunia glamor yang pernah dilaluinya tidak lagi seperti dahulu. Namun, buat mereka yang merinduinya boleh menonton persembahan secara langsung di aplikasi Starmaker dan Mico.

“Buat masa ini,saya tidak terfikir lagi untuk rakam semula lagu-lagu lama memandangkan pergerakan pun terbatas. Secara jujur, saya sendiri pun sibuk dengan persembahan di Starmaker dan Mico selain komitmen di rumah. Cuma, saya terus tulis lagu baru kerana saya faham market sekarang macam mana”

“Saya ada rakam lagu baru sebelum ini. Menggunakan bajet sendiri, saya rakam itu hanya sekadar suka-suka. Lagu-lagu yang saya cipta pula, saya sedia berikan kepada penyanyi lain sekiranya ada yang meminta hasil karya saya” dedah Elya

Meskipun pernah gagal dengan dua perkahwinannya terdahulu, Elia bersyukur kerana perkahwinan ketiganya ini sedang diulit bahagia.

Ihsan Elia

Elia telah berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan yang berstatus bapa tunggal kepada tiga cahaya mata sekitar tahun 2017 manakala hasil perkahwinan kedua Elia sebelum ini,dia mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 8 tahun.

Eliawajah terkini Elia
https://lomp.at/8im79
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Tiktok @adninroslan
Lokal

“Jodoh Memang Tertulis, Tapi Usaha Tetap Wajib”- Nasihat Ustaz Adnin Jadi Perbualan Netizen

by Farah Fatihah
December 14, 2025

Baru-baru ini, satu perbualan menarik antara seorang netizen dan penceramah muda terkenal, Ustaz Adnin atau nama sebenarnya Ustaz Haji Ahmad...

Read more
Lokal

[VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Ditahan Tentera Isr43l

kira-kira pukul 8 pagi waktu Malaysia, adik beradik selebriti iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menaiki kapal layar bernama...

Read more
by Noah Ab
October 2, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist

Gelagat Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi perhatian di TikTok selepas...

Read more
by Iffah Iffah
December 2, 2025
Lokal

Rizalman Dikecam Netizen! Ada Yang Dakwa Mahu Boikot Gara-Gara Isu GSF!

Sebelum ini Murai Malaysia ada berkongsikan mengenai pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim yang menjadi perhatian hangat di media sosial selepas...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan aksi Nabil Ahmad yang menyakat anak perempuan Tok Ram iaitu Izzara dengan menanyakan...

Read more
by Noah Ab
November 10, 2025
Indonesia

Anak Ashraf Sinclair Titip Ucapan Hari Lahir Buat Bapa Tiri, Lain Pula Yang Netizen Perasan?

Perkongsian anak kepada pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Noah mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan...

Read more
by Naddy Joe
December 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Reaksi Achey Lihat Aksi Anaknya Memancing, Buatkan Ramai Terhibur

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Achey yang melihat aksi anaknya memancing secara virtual yang membuatkan ramai yang terhibur...

Read more
by Noah Ab
November 17, 2025
Lokal

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip! Ini Respon Adira

Penyanyi bersuara lunak, Adira Suhaimi, memilih untuk kekal positif meskipun netizen sibuk ‘kenenkan’ dia kembali dengan rakan duet popularnya, Hafiz...

Read more
by Aphit J.
October 18, 2025
Lokal

Elfira Loy Akui Perjuangan Aktivis GSF Tidak Mudah!-“Memang Rasa Bersalah Kalau..”

Pelakon, Elfira Loy mengakui perjuangan para aktivis dan sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla bukanlah satu perkara yang...

Read more
by Naddy Joe
October 7, 2025
Lokal

Datin Fadilah Mansor Tetap Terbuka Cari Pengganti, Tegas Tidak Mahu Suami Orang Jadi Pilihan

Sudah enam tahun hidup bersendirian selepas kehilangan suami tercinta, pelakon Datin Fadilah Mansor tidak pernah menutup ruang hati untuk menerima...

Read more
by Puteri Alia
October 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore