Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Wajar Tuntut RM1 Juta Daripada Bekas Suami Kerja Doktor, Lufya Mahu Dibayar Semula Segala Pengorbanannya

by Puteri Alia
May 11, 2023
177
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Hal yang demikian, Islam memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan isteri.

Mut’ah disyariatkan atas lelaki kepada wanita yang telah diceraikan untuk menjadi bekalan bagi meringankan beban mereka yang disebabkan oleh perpisahan dan memulakan kehidupan baru tanpa suami.

Selain itu, mut’ah menjadi suatu tuntutan selepas penceraian bagi mengambil hati bekas isteri di samping dapat mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci yang berpunca daripada penceraian yang berlaku.

Ia juga bagi menutup perasaan sedih, dan malu apabila menerima sangkaan buruk daripada masyarakat terhadap penceraian tersebut.

Berbahas soal itu, baru-baru ini pelakon Lufya Omar menyifatkan tuntutan mut’ah sebanyak RM1 juta yang dibuatnya terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum adalah keadilan untuk dirinya.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, jumlah dituntut itu juga adalah wajar demi membayar pengorbanan dirinya selama berkahwin dan membesarkan anak.

“Sebagai ibu tunggal saya, mahu mendapatkan pembelaan. Jumlah RM1 juta dituntut itu bukan nilai saya, tapi untuk keadilan. Apatah lagi, pernah difitnah.

“Malah, dengan tuntutan ini juga dapat membantu saya meneruskan kehidupan bersama anak memandangkan kos sara hidup sekarang pun semakin tinggi,” katanya.

Terdahulu, Lufya hadir bersama peguam, Fakhrul Azman Abu Hasan yang mewakilinya bagi sebutan kes tuntutan mut’ah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Menurut Lufya, tuntutan mut’ah itu adalah berdasarkan kepada pengorbanannya dan apa yang sudah berlaku sepanjang perkahwinan bersama bekas suami selama empat tahun.

“Dulu, pendapatan saya kukuh. Tapi, selepas berkahwin saya melepaskannya atas sebab-sebab tertentu. Untuk bangun balik, ia memerlukan masa yang agak panjang dan saya perlu merancang kehidupan bersama anak.

“Walaupun cuma seorang anak, ia bukan mudah dengan keadaan saya dulunya seorang artis yang aktif bekerja. Malah, saya juga selama ini tidak pernah minta apa-apa walaupun barang daripada Hafiz,” katanya.

Lufya dan Dr Che Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan bercerai pada 17 Jun 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak, Laana Haura, 5.

Pada 2 Mac lalu, Lufya memfailkan tuntutan mut’ah bernilai RM1 juta kepada Dr Che Hafiz di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, walaupun mereka sudah hampir tiga tahun bercerai.

Pada prosiding perbicaraan hari ini, Dr Che Hafiz difahamkan tidak hadir ke mahkamah. Justeru, sebutan semula kes akan berlangsung pada 26 Julai depan.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Dr Che Hafiz tidak berjaya apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak berbalas dan panggilan telefon juga tidak dijawab.

lufyaLufya Omar
Share71Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem