Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Walaupun Berjaya Turun Berat Badan 18kg, Fasha Sandha Rancang Tambah Cahaya Mata Tahun Hadapan

by Puteri Alia
July 26, 2023
Share on Facebook

Aktres jelita, Fasha Sandha, 39, mempunyai perancangan menambah cahaya mata, tahun hadapan.

Fasha, berkata, suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz juga menginginkan seorang lagi cahaya mata lelaki.

Bagaimanapun, Fasha berkata, hasrat suaminya itu terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana sibuk menjalani penggambaran.

“Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata, tahun depan. Suami minta tahun ini, tetapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.

“Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.

“Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, jadi eloklah jika kami menambah seorang lagi anak bayi lelaki,” katanya.

Sementara itu, Fasha menolak dakwaan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg).

Fasha berkata, dia sekadar memakai semula pakaian lama sebelum berat badan naik dahulu.

“Mungkin karakter saya sebagai Datin Safia iaitu seorang yang ‘daring’. Masa saya bulat dahulu pun, saya masih sama, cuma orang tidak perasan.

“Orang nampak kelainan kerana baju lama saya sudah muat balik,” katanya pada acara Zumba With Fasha Sandha anjuran produk kecantikan jenama Berryfull di Setiawangsa, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Mengambil masa lebih lapan bulan menurunkan berat badan sebanyak 18kg, Fasha berkata, dia hanya menjamah dua sudu nasi dan ikan sebagai sumber protein bersama produk makanan tambahan keluaran Inayah Beauty sepanjang proses mengurangkan berat badan.

“Mak Cik Nak Kenenkan Saya Dengan Anak Dia” – Fasha Sandha Tak Kisah Lagi Tak Dikenali Lepas Berhijab
fasha sandha
https://lomp.at/klzps
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @drmaza_official (IG) / @rahmat.ikhsan.official (IG)
Lokal

Teguran ‘Pedas’ Dr Maza Kepada PU Rahmat- “Berhati-Hati Memilih Perkataan”

by Nurul A.
April 8, 2026

Nampaknya kenyataan pendakwah bebas, PU Rahmat mendapat perhatian orang ramai selepas mempertahankan keputusan Nadzmi Adhwa yang membenarkan isteri, Ardell Aryana...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

Zizi Kirana Kongsi Foto Bersama Keluarga Yusuf Bahrin, Netizen Puji

by Nurul A.
April 8, 2026

Terkini, penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin. Menerusi platform...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara