Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Walaupun Luaran Nampak Lantang, Zarina Anjoulie Mengaku Dirinya Mudah Ditipu Dan Diambil Kesempatan Oleh Rakan

by Puteri Alia
January 16, 2024
Share on Facebook

Ingat! Waspada lah dapat dalam sesebuah persahabatan!

Ini kerana tak semua yang ‘indah’ di depan, begitu juga di belakang. Yang begitu memahami dan sentiasa di sisi, tak semestinya hatinya benar-benar jujur menghulurkan bantuan atau ikhlas dalam menjalani perhubungan sebagai rakan yang dianggap tulus dan ikhlas.

Umum mengetahui bahawa kaum wanita merupakan makhluk yang suka berkongsi perasaan dengan sesamanya, kadang-kadang meluahkan isi hati bersama teman-teman menjadi satu keperluan bagi mereka.

Namun ingat, berbuat baik harus berpada-pada kerana kelak diri ini yang lebih dahulu terluka dan tersakiti.

Serik terlalu berlembut sehingga kerap dikhianati membuatkan pelakon Zarina Anjoulie enggan lagi mudah menghulurkan bantuan bagi mengelakkan insiden menyakitkan berulang kembali.

Zarina Anjoulie Lavocah berkata, sifatnya yang tampak lantang tetap membuatkannya senang terpedaya tipu daya orang-orang terdekat.

“Aku ni nampak ‘loud’ tapi aku senang kena tipu, orang ambil kesempatan, aku cepat lembut hati. Aku tahu ada kawan-kawan yang ambil kesempatan tapi sebab kasihan, aku biar,” dedahnya dalam siaran langsung Instagram.

Selebriti sensasi yang mesra disapa Anju itu nekad mahu lebih tegas bersempena kehadiran tahun baharu apatah lagi selepas dibohongi rakan baik.

Katanya, teman yang menjadi tempat meluahkan perasaan serta kawan sebantal hampir sedekad kini jadi duri dalam daging yang menyusahkan hidupnya.

“Tahun ini aku akan berubah, bertahun-tahun aku kawan dengan kawan perempuan, berkawan lapan tahun tapi dalam tempoh itu dia kutuk dan tikam belakang.

“Spesis wanita macam ni dia busuk hati, dengki dan ‘insecure’. Kawan 10 tahun, tidur sekatil, lepak hari-hari tapi dia tetap kutuk dan letak pisau belakang kau,” ujarnya.

Ibu tunggal kepada seorang anak itu turut menyatakan lebih baik menolong insan memerlukan berbanding sahabat yang hanya pandai memburukkan dirinya.

“Aku pasti semua pun pernah kena. Inilah masalah perempuan. Tahun ini aku nak kurangkan empati.

“Daripada sibuk tolong orang begini , banyak lagi rumah anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) yang aku boleh tolong,” tambahnya.

Pada masa sama, Anju menyatakan segelintir individu hanya tahu mengambil kesempatan terhadapnya kebaikan insan lain tanpa berusaha untuk mengubah diri.

Zarina Anjoulie Dedah Wajah Netizen Mahu Tumpang Populariti?-"Sampai Sanggup Screenshot & Repost.."

Pelakon drama Anak Pontianak itu mendakwa sesetengah orang juga sanggup berbuat sesuatu di luar kebiasaan sebagai cara untuk menagih simpati atau perhatian.

“Sesetengah orang dia buat-buat gila, dia tak nak pun kena tolong, sekadar saja nak ambil kesempatan. Adakah berbaloi kita tolong orang tapi diri kita sendiri jatuh kena heret?

“Kau boleh bagi segunung berlian, tapi kalau orang tak nak diselamatkan, dia tetap tak nak lepas itu nama kau busuk dan kau juga jahat,” ulasnya.

Menurut Anju lagi, dia pernah membantu seorang pelakon tetapi akhirnya berdepan fitnah yang sengaja dicetuskan individu terbabit bagi memburukkan namanya.

zarina anjoulie
https://lomp.at/2a9zp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Beri Pesanan Buat Marissa Isu Dua Kali Lafaz Cerai Luar Mahkamah-“Anak Mama Kuat..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Pelakon, Abby Abadi menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Marissa Dania yang hadir bersama Ahmad Aslam di mahkamah bagi prosedur tuntutan...

Read moreDetails
Spotlight

Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ini, beberapa foto yang dikongsikan di Instagram oleh salah seorang ahli keluarga kepada Dayang Nur Camelia atau lebih dikenali...

Read moreDetails
Foto - @amirulhakim_mustapha (Threads)
Lokal

[VIDEO] Mawi AF Dedah Pernah Terima Pakaian Dalam Berlendir Dari Peminat Fanatik

by Nurul A.
March 16, 2026

Selepas sebelas tahun, penyanyi Mawi berkongsi satu pengalaman pelik  yang telah mengejutkan orang ramai. Pengalaman itu dialaminya sendiri selepas menjuarai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara