Penyanyi muda penuh bakat dan karisma, Wani Kayrie, baru-baru ini melakar satu lagi detik penting dalam kerjaya seninya menerusi pelancaran EP sulung berjudul “W2K”, yang diumumkan secara rasmi dalam acara sidang media eksklusif digelar “Wani Kayrie Listening Party” bertempat di MyTOWNKL, dengan kerjasama ASR Festival oleh Ascott.
Dianjurkan oleh label hiburan terkemuka negara, Rocketfuel Entertainment, sidang media istimewa ini turut menjadi pentas pelancaran rasmi single terbaharu Wani bertajuk “Biarkan” – sebuah balada meruntun jiwa yang mewakili kedewasaan muzik dan ekspresi jiwa Wani Kayrie sebagai seorang anak seni yang kini tampil dengan suara dan identiti baharu.
EP Istimewa Untuk Semua Yang Menanti
Selepas bertahun-tahun meniti perjalanan seni, Wani akhirnya menzahirkan impiannya menerusi EP pertama – hasil dorongan ramai yang tidak pernah berhenti percaya.
“Akhirnya setelah sekian lama, saya dapat hadiahkan album mini ini kepada semua yang setia menanti. Ini adalah antara momen paling bermakna buat saya.
Saya terharu, teruja dan sangat bersyukur – lebih-lebih lagi kerana permintaan album ini datang dari peminat, keluarga dan rakan-rakan yang percaya kepada bakat saya,” ujar Wani penuh emosi.
EP ‘W2K’ : Nama, Jiwa & Apirasi Anak Seni Lahir Tahun 2000
Berkongsi mengenai tajuk EP yang unik itu, Wani menjelaskan bahawa dirinya yang lahir pada tahun 2000 itu turut mewakili sisi baharunya sebagai penyanyi.
“Saya lahir tahun 2000, jadi nama W2K itu bukan sahaja simbolik kepada tahun kelahiran saya, tetapi juga mewakili sisi baharu saya sebagai penyanyi.
Lagu-lagu dalam EP ini semuanya berbeza, tiada vibe yang sama, jadi ia menunjukkan kepelbagaian muzik saya.”-kata Wani
EP “W2K” dan single “Biarkan” terbitan Rocketfuel Entertainment kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan banyak lagi bermula 25 Julai 2025.
Untuk info lanjut dan kemaskini terkini, ikuti media sosial rasmi Wani Kayrie dan juga Rocjetfuel Entertainment.