Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Malaysia

Tanya Soalan Sensitif Pada Pandelela & Mun Yee, Wartawan Teruk Dikecam Netizen

by Soph Azz
July 28, 2021
Foto - Stadium Astro

Foto - Stadium Astro

293
KONGSIAN
Share on Facebook

Panas di Twitter apabila netizen mula mengecam tindakan wartawan Astro Arena semasa acara renang di sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai @NasehaLee soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut sangat sensitif dan tidak wajar ditanyakan pada atlet renang negara iaitu Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Tidak Wajar Tanya Soalan Yang Sensitif

Untuk pengetahuan kamu, Pandelela dan Mun Yee tidak berjaya meraih pingat untuk negara dalam acara renang 10 meter platform seirama wanita. Akui Naseha soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut menampakkan atlet itu seperti tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Foto – Utusan

“Dia tanya Mun Yee, “Last olympic ni dah terlepas peluang apa perasaan anda?” Like, of course she’s sad? We saw how hard she tried? Sangat insensitive to asked those questions in my opinion”, dedahnya.

Tiada Kredibiliti Seorang Wartawan

Tambahnya, dia tidak bermaksud untuk menganggu kerja wartawan tersebut tetapi dia hanya mahu mengkritik tentang kredibiliti seorang wartawan. Naseha juga berkata dengan soalan sedemikian, ia boleh membuatkan atlet tersebut menjadi lebih tambah kecewa seolah-olah mereka tidak memberikan yang terbaik.

Foto – Twitter

“These reporters memang sengaja nak tanya soalan yang membuatkan athlete terdiam tak dapat jawab. It just made us look bad and macam kalah tu terukkk sangat! Come on lah reporter, tahu tu kerja korang but pleaseeee be more SENSITIVE!”, tulisnya di Twitter.

Pada masa yang sama, Naseha juga berkata para atlet tidak kiralah berjaya atau tidak meraih pingat untuk negara perlu diberikan pujian. Ini kerana mereka telah menghabiskan masa untuk berlatih selama berbulan-bulan untuk bertanding bagi mengharumkan nama negara.

Foto – Stadium Astro

Netizen Kritik Wartawan Astro Arena 

Selain Naseha, beberapa pengguna lain turut mengkritik wartawan Astro Arena yang bertanyakan soalan pada Pandelela Rinong dan Lee Mun Yee semasa di sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ada netizen merasakan soalan yang ditanya itu agak kurang sopan untuk ditanyakan pada para atlet.

Foto – Twitter

Malah ada juga mendedahkan soalan-soalan sensitif seperti itu ditanyakan pada pasangan beregu campuran bagi acara badminton.

Foto – Twitter

Tambah netizen, Pandelela dan Mun Yee telah berusah keras dan bersungguh-sungguh dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Foto – Twitter

Apa-apa pun, mari kita bersama-sama menyokong atlet-atlet yang mewakili negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Astro ArenaLEONG MUN YEEpandalela rinong
Share117Tweet73SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem