• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW KONSERT] Westlife Sangat Teruja Jumpa Peminat Di Malaysia, Kian Egan Sempat Ejek Penonton

by Phic ARMAN
February 26, 2023
Share on Facebook

Sesiapa yang dibesarkan pada akhir 90-an dan awal 2000-an pasti mengenali siapa Westlife. Kumpulan yang terdiri daripada Shane Filan, Mark Feehily, Kian Egan dan Nicky Byrne memulakan kerjaya pada tahun 1998 dengan lagu Swear It Again.

Westlife kembali semula ke Kuala Lumpur dengan mengadakan konsert bertajuk Westlife The Wild Dreams Concert in Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil , Khamis (24/2). MURAI MY berpeluang untuk menonton konsert  yang ditunggu-tunggu ini dan banyak kenangan manis telah tercipta.

Sebelum ini, Westlife telah mengadakan jelajah konsert yang sama di Indonesia dan Filipina.

Biarpun konsert kali ini tidak diadakan pada hujung minggu, namun keghairahan peminat terserlah. Stadium   Axiata Arena, Bukit Jalil telah dipenuh lebih dari 8,000 penonton.

Konsert itu dibuka oleh Daniel Chuer

Penyanyi muda Daniel Chuer menjadi pembuka konsert dengan vokal hebatnya. Daniel ini menyanyikan lagu I Have Nothing oleh  Whitney Houston dan Ku Bersuara nyanyial asal Ernie Zakri sebelum Westlife naik ke pentas.

Membawakan Lagu Lama, Westlife Ajak Penonton Mengenang

Tepat jam 9 malam, Westlife membuka persembahan mereka dengan mempersembahkan lagu Starlight yang merupakan salah satu lagu dalam album Wild Dreams.

Shane, Kian, Mark, dan Niki kelihatan menawan dalam rona hitam putih yang membuatkan mereka kelihatan lebih muda.

Mereka berempat meneruskan persembahan bertenaga dengan membawakan Uptown Girl dan When You’re Looking Like That yang membuatkan penonton menyanyi bersama.

Westlife kemudian mempersembahkan lagu hit lain seperti Fool Again, If I Let You Go, My Love, dan Swear It Again.

Bawakan Lagu Hits Abba Dalam Medley

Sepanjang kariernya sebagai pemuzik, Westlife bukan sahaja menyanyikan lagu sendiri, kumpulan yang ditubuhkan pada 1998 itu telah beberapa kali mengeluarkan lagu milik pemuzik lain.

Seperti dalam konsert ini, Westlife mendendangkan lagu-lagu ABBA yang tidak asing lagi bagi pencinta muzik Malaysia.

Dengan berpakaian kemeja hitam dan perak serta sut vest, mereka berempat mempersembahkan lagu Mama Mia, I Have A Dream, Dancing Queen dan Medley dengan merdu.

Seterusnya, Westlife berehat sebentar untuk menukar pakaian dan naik ke pentas sekali lagi untuk mempersembahkan lagu What About Now, Mandy, What Makes a Man, Queen of My Heart, Unbreakable, dan I’m already There.

Sempat Ejek Penonton

Ketika Shane, Mark, dan Nicky berehat,  Kian sempat mengusik penonton;

 “Setiap kali kami mengelilingi dunia, kami merasa sangat sukar untuk membayangkan bahawa ketika kami masih muda dengan impian untuk menyatukan Westlife dan menjadi sebuah band yang berjaya, hampir 23 tahun kemudian kami akan datang ke negara yang jauh dari rumah kami seperti Malaysia, dan adakan konsert selama dua malam.”

Dia meneruskan: “Tetapi saya memberitahu anda satu perkara, kita tidak menjadi lebih muda, bolehkah anda bayangkan, 23 tahun yang lalu ketika kami mengeluarkan single pertama kami, dan anda semua juga sudah tua.”- tambah Kian sambil ketawa

Melabuhkan Tirai Konsert dengan You Raise Me Up

“Lagu seterusnya adalah lagu yang didedikasikan untuk keluarga, termasuk anda, keluarga Westlife di sini. Jom nyanyi Flying Without Wings,” kata Mark yang diteruskan dengan pengenalan lagu Flying Without Wings.

Lagu yang membawa nama Westlife melonjak naik itu juga berjaya menghipnotis penonton dan menyanyi bersama.

Akhirnya Westlife menutup persembahan manis mereka kali ini dengan membawakan Hello My Love dan You Raise Me Up.

“Sangat gembira dapat kembali ke Malaysia, terima kasih banyak-banyak, kami sangat menyayangi anda,” kata Kian.

“Terima kasih Malaysia, selamat malam,” tutup Mark, Shane, Kian dan Nicky serentak.

Apa-apapun jutaan terima kasih kepada Trumpet International kerana menjemput MURAI MY dan membawa konsert Westlife ke Malaysia.

Kian Eganmark feehilyshane filanwestlife
https://lomp.at/7q59g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore