Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Workout Cara LE SSERAFIM Kazuha, Capai Abs Idaman Dengan 5 Langkah Senaman

by Soph Azz
March 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

44
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang pernah buat senaman teras (core exercise) pasti tahu betapa peritnya dan susah nak dapatkan abs idaman. Bukan hanya buat satu dua kali senaman saja abs boleh timbul ye… Kamu memerlukan masa yang lama, komitmen dan juga berdisplin untuknya.

Melihat selebriti seperti Kazuha, ahli LE SSERAFIM ini menjadi tumpuan gara-gara abs yang dimilikinya. Sangat cantik dan menjadi idaman kebanyakan wanita, Miss Murai berjaya dapatkan rutin senaman yang dilakukannya.

Bagi kamu yang sedang atau baru nak mulakan senaman bagi mendapatkan bentuk abs idaman, Miss Murai kongsikan beberapa langkah senaman yang dilakukan oleh Kazuha yang boleh bantu kamu mencapainya…

#1 Leg raise (15 kali)

Ketika lakukan leg raise, kamu perlu baring terlentang dengan selesa. Pastikan kedua-dua kaki rapat dan angkat kaki sehingga membentuk sudut 90°. Biarkan selama 5 saat dan turunkan semula kaki ke posisi asal. Ulang langkah ini sebanyak 15 kali, sekurang-kurangnya 1 set.

Foto – YouTube

Leg raise boleh melatih kekuatan bahagian bawah badan terutamanya pinggul.

#2 Single Leg Drop (15 kali)

Bagi single leg drop pula, dalam keadaan baring terlentang seperti #1, angkat sebelah kaki membentuk sudut 90° dan tahan selama 5 saat sebelum turunkan ke posisi asal. Kemudian ulang dengan kaki berlawanan sebanyak 15 kali, sekurang-kurangnya 1 set.

Foto – YouTube

Single leg drop boleh menguatkan bahagian bawah perut dan membentuk paha menjadi lebih cantik serta wujudkan thigh gap.

#3 Bicycle Crunches (15 kali)

Dianggap sebagai salah satu senaman abs yang paling  berkesan, bicycle crunches memerlukan kamu berada dalam posisi seperti baring, di mana tangan kamu berada di belakang untuk menahan badan. Manakala kaki pula berada dalam posisi diangkat seperti kayuh basikal. Lakukan langkah ini sebanyak 15 kali, sekurang-kurangnya 1 set.

Foto – YouTube

Langkah senaman ini membantu meningkatkan kekuatan teras, langsingkan pinggang dan tingkatkan fleksibiliti badan.

#4 Plank Hip Twist (30 kali)

Dilakukan sebanyak 30 kali, plank hip twist adalah senaman yang memerlukan kamu meniarap seperti lakukan plank dan gerakkan pinggul ke arah kiri dan kanan seperti memusing dengan kadar yang perlahan.

Foto – YouTube

Plank hip twist boleh membantu menegangkan dan mengecilkan ukuran pinggang kamu selain menguatkan teras badan.

#5 Side Plank Crunches (10 kali)

Yang terakhir, untuk lakukan side plank crunches, kamu perlu posisikan badan dalam bentuk sebelah siku di bawah bahu, sebelah tangan lagi di telinga dan luruskan kedua-dua kaki. Pastikan badan lurus, rasa perut kamu seperti kejang dan ketat. Kemudian gerakkan kaki yang di atas, sentuhkan lutut dan siku. Ulang sebanyak 10 kali, bagi setiap bahagian.

Foto – YouTube

Manfaat lakukan side plank crunches ini, kamu boleh kuatkan tulang belakang, tingkatkan keseimbangan badan, kurangkan risiko kecederaan belakang dan juga membentuk pinggang serta perut.

YouTube video

Selamat mencuba!

le sserafimle sserafim kazuhale sserafim workout
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem