Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Wow! 5 Selebriti Barat Ini Mendapat Bayaran Tertinggi Di Instagram Pada 2022

by Aphit J.
January 1, 2023
Share on Facebook

Selebriti Hollywood bukan sahaja bekerja dalam bidang mereka sebagai pelakon, atlet, penyanyi atau ahli perniagaan. Ramai daripada mereka mempunyai akaun Instagram peribadi yang berjaya mengumpul jutaan pengikut.

Berikut merupakan lima selebriti barat yang mempunyai bayaran tertinggi sepanjang tahun 2022 yang dipetik dari Deccan Herald .

Dwayne Douglas Johnson

via Substrack

Dwayne Douglas Johnson atau juga dikenali dengan nama pentasnya The Rock ialah seorang pelakon, penerbit dan penggusti lelaki Amerika Syarikat. Beliau pada mulanya terlibat dalam sukan bola-bola sepak Amerika dan Kanada sebelum menjadi pengusti selama lapan tahun dan selepas itu beliau menceburi kerjaya lakonan.

Dwayne Johnson mendapat USD1.71 juta atau sekitar 7.4 Juta Ringgit Malaysia untuk satu kontrak ataupun ‘endorsement’ dengan mana-mana syarikat.

Selena Gomez

via Media Glamor

Selena Marie Gomez merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau telah membuat kemunculan sebagai pelakon kanak-kanak dalam siri televisyen Barney & Friends.

Dia meraih kemasyhuran sebagai peranan utama dalam siri Disney Channel Wizards of Waverly Place. Berikutan kejayaan siri tersebut, Gomez telah muncul dalam beberapa filem, rancangan televisyen, dan kolaborasi muzik bersama rangkaian itu pada tahun-tahun berikutnya.

Selena Gomez menunjukkan kewujudannya sebagai selebriti serba boleh. Tidak dinafikan, dia memperoleh $1.73 juta atau 7.6 Juta Ringgit Malaysia untuk sesetengah projek.

Lionel Messi

via Brittanica

Lionel Andrés “Leo” Messi adalah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain di posisi penyerang untuk kelab Paris Saint-Germain FC yang berpangkalan di Perancis dan pasukan bola sepak kebangsaan Argentina.

Dianggap sebagai pemain terbaik di dunia dan dikenal sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi mendapat $1.77 juta atau 7.6 Juta Ringgit Malaysia untuk satu tugas yang pelru dilakukan.

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi "Ayah"

Kylie Jenner

via Media Glamor

Kylie Kristen Jenner merupakan seorang model, pengacara TV dan duta jenama untuk Seventeen. Beliau terkenal dengan muncul dalam rancangan realiti E! Keeping Up with the Kardashians bersama keluarganya.

Kylie Jenner bukanlah yang pertama dalam senarai artis dengan bayaran tertinggi untuk satu siaran di Instagram. Walaupun begitu, Kylie mendapat $1.82 juta atau 8 Juta RInggit Malaysia untuk satu ‘posting’.

Cristiano Ronaldo

via News Today

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang.

Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d’Or sebanyak lima kali, pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali.

Selebriti dengan bayaran tertinggi di Instagram disandang oleh Cristiano Ronaldo. Dengan sekali muat naik, CR7 memperoleh 12 Juta Ringgit Malaysia.

christiano ronaldoDwayne JohnsonKylie JennerLionel MessiSelena Gomez
https://lomp.at/0fif6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara