Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Wow! CNN Senaraikan Makanan Malaysia Yang Wajib Dicuba

by Aphit J.
March 22, 2020
via Good News From Indonesia

via Good News From Indonesia

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Malaysia tidak asing dari kepelbagaian makanan. Daripada makanan Melayu, India, Cina dan bangsa-bangsa lain, kini makanan Malaysia mempunyai standardnya sendiri di mata dunia.

Kepelbagaian ini telah menarik pelbagai pelancong untuk mencuba makanan Malaysia dan laman CNN telah mengeluarkan 40 pilihan makanan yang patut dicuba yang terdapat di Malaysia. Suatu yang amat membanggakan!

Jom lihat 40 pilihan menu yang dikeluarkan oleh CNN yang dikelaskan mengikut kategori makanan.

Nasi Sebagai Menu Utama

via Asian Inspirations

Hampir setiap negeri mempunyai menu nasi yang berbeza dan ianya merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Seperti yang dinyatakan dalam laman CNN, antara menu nasi yang wajib dicuba adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu dan Nasi Kandar.

Ketiga-tiga menu ini mempunyai rasa yang berbeza dan sebagai rakyat Malaysia, menu nasi ini dimakan tidak mengira waktu samada untuk sarapan, makan tengahari dan ada yang memakannya untuk makan malam. Selain daripada itu, Bubur Nasi juga turut dicadangkan oleh CNN sebagai salah satu makanan Malaysia yang wajib dicuba.

Pelbagai Jenis Juadah Lauk

via Bawang Putih

Ada beberapa pilihan lauk turut dinyatakan sebagai manakan yang patut dicuba. Untuk anda yang mengutamakan sesuatu yang agak sihat, Ayam Percik dan Ikan Bakar merupakan pilihan yang tepat. Manakala yang sukakan pedas dan sedikit masam, Sambal Udang dan Asam Pedas sudah cukup membuatkan anda mengulangi menu ini pada masa akan datang.

Gulai Ayam Kampung dan Kari Ayam Kapitan adalah sesuatu yang berlainan dimana makanan seperti ini masih mengekalkan rasa kari tetapi dengan sedikit olahan dari segi bahan utama. Menarik!

Pilhan Mee Dari Pelbagai Bangsa

via Nyonya Cooking

Bukan sahaja lauk dan nasi, aneka mee yang dimasak dengan sentuhan dari pelbagai budaya juga menjadikan menu makanan di Malaysia menarik dan pelbagai. Kini bukan orang melayu sahaja yang memakan Laksa dan Mee Rebus, bangsa cina memakan Char Kuey Teaw dan Mee Wantan dan bangsa india memakan Mee Goreng Mamak, tetapi semuanya telah bergabung yang menjadikan menu ini di dalam satu kategori iaitu makanan rakyat Malaysia.

Makanan Jalanan Yang “Meriah”

via Pinterest

Dari pagi kita dihidangkan dengan Roti Canai, Roti Kaya Bakar atau Roti John sebagai pemula hari. Manakala tengahari semestinya nasi sebagai pilihan utama dan minum petang sesuatu yang ringan seperti Rojak, Cendawan Goreng, Pisang Goreng atau Apam Balik bersama secawan Ais Kacang ataupun Air Tebu sudah cukup melengkapkan hari siang anda.

Untuk malam, sekiranya and keluar bersama rakan-rakan di gerai makan, laman CNN mencadangkan anda mencuba Otak – Otak, Satar ataupun Sate. Fuh! Ini cukup mengenyangkan.

Kuih Muih Sebagai Pencuci Mulut

via Malaysian Flavor

Jika di Itali mereka mempunyai Cannoli dan Biscotti sebagai pencuci mulut, tetapi di Malaysia, makanan tradisional seperti Popia Basah, Roti Jala, Murtabak, Tepung Pelita, Rempeyek dan Putu Piring adalah pencuci mulut yang wajib ada dalam menu harian anda.

Pemilihan laman CNN menyenaraikan kuih muih ini sebagai Malaysia’s top 40 foods adalah salah satu pilihan yang tepat. Dengan pelbagai bentuk dan rasa, makanan seperti ini dapat memberikan keunikan dalam menu anda.

Makanan Perayaan Yang Memberikan Kegembiraan

via Good News From Indonesia

Dengan pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia menjadikan Lemang, Ketupat dan Rendang (daging, ayam dan kambing) sebagai menu pilihan yang dimasak ketika perayaan. Makanan seperti inilah yang akan mengembalikan kembali kenangan ketika kita sedang bertungkus lumus dengan persediaan menjelang perayaan.

Jika dilihat sekarang ini selain dimasak ketika perayaan, makanan seperti ini boleh didapati tidak mengira waktu dan yang pastinya memberikan kegembiraan kepada si pemakan.

Walaupun setiap makanan mempunyai rasa, bentuk dan rupa yang berlainan, tetapi makanan ini tetap melambangkan Malaysia. Samalah juga dengan kita sebagai rakyat Malaysia, abaikan segala perbezaan dan hiduplah dengan aman di bumi ini.

https://lomp.at/5b63g
Share7Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara