• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Wow! Doktor Ini Menggunakan IPhone 13 Pro Untuk Memeriksa Mata Pesakit

by Jash Lee
October 16, 2021
Share on Facebook

Tommy Korn, seorang pakar oftalmologi dan pakar inovasi kesihatan digital di Sharp Healthcare, San Diego tiba-tiba telah menjadi topik hangat apabila dia menggunakan salah satu lensa kamera IPhone 13 Pro untuk memeriksa mata pesakitnya. Dia lebih suka menggunakan telefon pintar untuk memeriksa kesihatan dan keadaan mata pesakit daripada menggunakan peralatan perubatan.

via India Times

Doktor Korn yang berpengalaman dalam pembedahan katarak mata dan pemindahan kornea telah memeriksa mata pesakitnya dengan menggunakan mod makro dengan kamera belakang Iphone 13 Pro. Dia melakukan hal ini setelah menyedari bahawa ciri Macro Photography pada smartphone sangat berguna dan cukup untuk membantu dalam tugasan sehariannya.

Doktor Korn juga percaya dengan kemampuannya dalam setiap tugasan yang dilakukankannya. Ini kerana dia sangat suka mengambil gambar dan berpengalaman memegang kamera dalam jangka masa yang lama.

Dengan adanya mod makro, Korn dapat mengambil gambar mata dengan sangat terperinci dan boleh digunakan untuk melihat dan merakam setiap butiran penting mengenai kesihatan mata pesakit.

Korn juga ada berkongsi mata pesakitnya yang menjalani pembedahan pemindahan kornea dimana keadaan matanya perlu dipantau secara berterusan sehingga sembuh sepenuhnya.

via India Times

Iphone 13 Pro yang dilengkapi dengan 3 kamera belakang yang terdiri daripada telefoto 12MP, kamera lebar dan ultra lebar. Lensa telefoto mempunyai apertur /2.8 sementara lebar mempunyai /1.5 dan ultra lebar mempunyai /1.8 apertur dan 120 darjah field of view. 

IPhone 13 Pro tidak dilengkapi dengan lensa khas untuk tujuan makro, tetapi dengan spesifikasi apertur dan field of view yang begitu luas, pengeluar dapat menyesuaikan lensa ultra lebar mereka untuk menghasilkan foto makro yang sangat terperinci dengan jarak 2 sentimeter dari objek asal.

Korn menyedari bahawa postingnya diLinkedIn akan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai tetapi dia sedikit pun tidak gusar kerana dia mempunyai jawapan yang sangat jelas mengapa dia melakukan hal yang sedemikian.

“Ada beberapa kekeliruan mengenai adakah kamera ini akan menggantikan kamera lain yang lebih besar?” katanya dalam satu wawancara.

via AppleInsider

“Misalnya anda mempunyai masalah kesihatan mata dan anda perlu untuk menemui doktor semula selepas enam bulan dan anda akan bertanya, “hye doktor, bagaimana keadaan mata saya sekarang berbanding dengan hasil dari kali terakhir diperiksa?”, adakah anda fikir doktor akan ingat? Jawapannya, tidak.”

Beberapa komen sebagai tindak balas dari posting tersebut telah mendorongnya untuk terus menggunakan kamera yang berkualiti tinggi sehingga dia dapat melihat lebih banyak perincian.

“Saya menggunakannya untuk dokumentasi. Saya dapat mengumpul maklumat yang lebih terperinci untuk mengetahui sama ada keadaan pesakit serius atau sebaliknya.” jelasnya lagi.

Tommy Korn, MD on LinkedIn: #healthtech #healthcare #digitalhealth

via PetaPixel

Korn memilih IPhone 13 Pro kerana ianya lebih praktikal daripada kamera yang digunakannya sebelum ini. “Saya pernah menggunakan kamera Nikon D800 dengan lensa makro 105mm f /2.8. Saya mengambil foto mata pesakit menggunakan kamera itu tetapi perkara pertama saya harus mengeluarkan memori kad, memuat naik dan memasukkannya ke dalam rekod komputer saya.”

Dengan adanya filter yang lebih canggih seperti IPhone 13 Pro ini menjadikan dokumentasi lebih lancar, tidak hanya dapat dilakukan oleh Korn di ruang kerjanya, malahan pesakit juga dapat mengambil gambar mata mereka sendiri dengan cukup baik. Sudah tentu ini juga dapat membantu proses telemedicine diantara doktor dan pesakit.

“Pesakit dapat mengirim gambar mata mereka kepada saya dari jarak jauh dan saya juga dapat membuat rawatan secara televideo. Dan jika keadaan mendesak, pesakit masih boleh mendapatkan rawatan dengan cepat dan selesa hanya dari rumah.” katanya.

iphone13pro
https://lomp.at/ei0p0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

Nak Mula Makan Suplemen Blackmores? Mana Satu Sesuai Dengan Kamu?

by Soph Azz
January 26, 2023

Jangan terkejut ye, di farmasi, Watsons atau Guardian; ramai yang masih terkial-kial dan runsing untuk membeli suplemen Blackmores. Bukan apa,...

Read moreDetails
FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore