Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Ya Allah, Lindungilah Orang-Orang Yang Saya Sayang”- Eyka Farhana Mohon Doa Buat Kekasihnya, Akhyar Rashid

by Puteri Alia
May 8, 2024
Share on Facebook

Pelakon drama popular, Eyka Farhana, menggambarkan kasih sayangnya terhadap kekasih, Akhyar Rashid, dengan memanjatkan doa dan memberikan sokongan yang teguh susulan kejadian samun yang menimpa tonggak Harimau Malaya itu.

Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana, 29 tahun, mengungkapkan doanya agar kekasihnya sentiasa dilindungi oleh Allah dari segala musibah dan keburukan.

“Ya Allah, lindungilah orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah lindungi kita daripada segala jenis musibah,” tulisnya dalam hantaran Instagramnya, menunjukkan kebimbangan dan sokongan yang mendalam terhadap Akhyar.

Peristiwa samun yang melibatkan Akhyar Rashid, yang mendapat serangan secara kejam dan teruk minggu lalu, telah menimbulkan kerisauan di kalangan peminat bola sepak dan peminat seni hiburan.

Selain mengalami kehilangan wang tunai lebih RM4,800 dan dipukul dengan senjata besi, Akhyar turut menerima enam jahitan di bahagian kepalanya.

Eyka Farhana turut memuat naik semula hantaran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia yang menyatakan sokongannya terhadap Akhyar dan rakan baik kekasihnya, Faisal Halim, yang juga menjadi mangsa serangan asid dalam insiden yang sama.

Dalam kejadian tragis yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Faisal Halim turut mengalami cedera serius akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali, menyebabkan kulitnya melecur tahap empat.

Eyka Farhana Didakwa Nikah 2 Mei, Keluarga Pilih Berdiam Diri Kerana Takut Penyakit Ain
Akhyar Rashideyka farhana
https://lomp.at/b4q13
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @bellaastillah (IG)
Lokal

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah ‘Sound’ Netizen

by Nurul A.
March 26, 2026

Tak habis-habis, kali ini nama penyanyi Bella Astillah menjadi sebutan beberapa individu selepas dia dituduh tidak membenarkan anak-anaknya daripada berjumpa...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara