• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Buat Lagu Untuk ‘Crush’, Yonnyboii Teruja Dengan Album Terbaru

by Naddy Joe
December 18, 2020
Share on Facebook

Hari ini penyanyi emo-rap popular Yonnyboii melakar sejarah tersendiri apabila tampil dengan sebuah album E.P. yang cukup istimewa berjudul ‘Yonny’, naskah yang akan mengungguli carta-carta muzik tempatan!

Tampil dengan sembilan buah lagu, padat dengan lontaran vokal penuh emosi pastinya akan mengubat kerinduan terhadap peminat Yonnyboii yang menantikan buah tangan bintang pujaan Malaysia ini.

Sarat dengan pelbagai adunan emosi, penyanyi rap cukup terkenal sebagai pelakar melodi ini menyatakan kemunculan album E.P Yonny sebagai hadiah tidak ternilai bukan sahaja buat peminat-peminatnya bahkan sebuah karya mukadimah atau pengenalan dirinya kepada khalayak umum tentang siapakah Yonnyboii sebenar.

Sungguhpun hanya berstatus album E.P, namun album ini sarat dengan pengisian jiwa muzik tulus untuk pendengar memahami gelojak rasa yang harus diteroka dan dihayati dalam setiap bait lirik dan melodi dihasilkan.

“Menerusi album E.P ini saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri saya sebenar dengan menyatakan kejujuran setiap lenggok melodi serta pengisian lirik yang terkandung menerusi lagu-lagu saya sampaikan. ” jelasnya.

Sheenta – Yonnyboii karang lagu cinta?

https://www.youtube.com/watch?v=17VVhAbYYuo

Kemunculan album E.P Yonnyboii menampilkan sisi lain penyanyi kelahiran negeri Perak ini apabila Yonny menggarap elemen cinta dalam lagu ‘Sheenta’, sebuah lagu yang berkisahkan seorang yang sudah angau dan mabuk cinta pada seorang gadis yang telah mencuit hatinya.

“Lagu ini menggambarkan bagaimana seseorang itu mahu meluahkan perasaan yang dipendam terhadap ‘crush’ dan berusaha untuk menawan hatinya. Menerusi lagu Sheenta juga dia mengisytiharkan rasa cinta pada buah hatinya itu dengan penuh rasa ikhlas dan tulus,” jelasnya tersenyum.

Apa yang menarik lagi, terdapat dua versi lagu Sheenta iaitu versi asal dan versi penampilan bersama bakat baru, Shee (Instagram – @sheeofficiall), sosial media influencer yang turut menyumbang suara dalam lagu cinta luar biasa ini.

Berbeza dengan lagu-lagu hits garapannya, Sheenta pastinya akan menjadi batu pengukur terhadap kehebatan Yonnyboii menghasilkan karya secara versatile mengikut acuannya sendiri. Dengarkan, dan nilai sendiri!

“Harapan saya tidaklah terlalu tinggi, saya cuma minta pendengar menghayati sendiri setiap karya terhasil untuk mengenali siapa Yonnyboii. Setiap album baik album E.P sekalipun terkandung kisah perjalanan cerita hidup saya diterjemahkan dalam bentuk muzik, tersusun rapi untuk dikongsi secara eksklusif kepada pendengar-pendengar yang sentiasa menyokong saya. There’s story behind everything!” bicaranya lanjut dengan cukup teruja.

Album E.P berjudul ‘Yonny’ mengandungi sembilan buah lagu hebat Yonnyboii diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia boleh didengari semua pelantar muzik bermula 18 Disember 2020. Anda dah sedia untuk dipukau oleh Yonnyboii?

https://lomp.at/zs252
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’

by Naddy Joe
December 19, 2025

Penyanyi rap tri-bahasa tempatan, Malik Choo tampil dengan single terbaharu berjudul 'Move On'. Lagu ini merupakan sebuah karya rap pop...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore