Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘You Conquered!’- Ucapan Sweet Isteri Hafizh Syahrin Lepas berjaya Rangkul Juara

by Ayu Kamaruddin
December 9, 2025
Via Instagram /@suzanamnf

Via Instagram /@suzanamnf

276
KONGSIAN
Share on Facebook

Detik manis buat pelumbaaan Johor Darul Ta’zim Racing Team (JDT Racing Team), Hafizh Syahrin Abdullah, bukan sahaja diraikan di Litar Buriram, Thailand, tetapi juga di laman sosial apabila isterinya Noor Suzana Abdul Manaf memuat naik ucapan penuh bangga dan menyentuh hati di Instagram peribadinya @suzanamnf.

Menerusi hantaran tersebut, isteri Hafizh turut berkongsi kata-kata yang cukup menyentuh hati di Instagram. Luahan itu jelas menggambarkan perjalanan suaminya penuh jatuh bangun, kerja keras dan pengorbanan sebelum akhirnya berdiri sebagai juara.

“I’ve seen him struggle. I’ve seen him rise. Today, I see him shine. You didn’t just race… you conquered. Congratulations, my champion!”

Ucapan itu mengiringi kejayaan besar Hafizh yang muncul juara keseluruhan kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2025, selepas menamatkan perlumbaan di podium kedua dan mengumpul 193 mata secara keseluruhan dan ianya merupakan kejayaan pertama beliau dalam kategori tersebut.

View this post on Instagram

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak putus-putus menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan besar Hafizh.

“Alhamdulillah tahniah hafiz, tahniah team, tahniah wife dan anak-anak”

“Taniah bapak dan family” -reaksi netizen.

Sentuhan kata-kata penuh emosi itu jelas menunjukkan perjalanan panjang seorang pelumba yang pernah jatuh, kembali bangkit, dan kini berdiri megah sebagai juara Asia. Momen ini bukan sahaja membanggakan peminat motorsport tanah air, malah mencuri perhatian Murai yang tersentuh dengan sokongan isteri beliau yang tidak pernah putus.

Sekadar info tambahan, Hafizh Syahrin bin Abdullah merupakan pelumba kelahiran Ampang, antara figura paling disegani dalam dunia permotoran Malaysia. Beliau mencipta sejarah sebagai pelumba Asia Tenggara pertama beraksi dalam MotoGP bersama Monster Yamaha Tech3 pada 2018, selain pernah meraih podium dalam Moto2 dan kini bersama JDT Racing Team mengemudi Ducati Panigale V4R. Kariernya dipenuhi pencapaian besar termasuk juara keseluruhan ASB1000 ARRC 2025 di Buriram dengan 193 mata, penerima anugerah International Rider of the Year di MAM Awards 2025, serta juara FIM Asia SuperSports 600cc 2013.

Bermula dari pocket bike pada usia 9 tahun hingga berjaya kembali bangkit di pentas WorldSBK dan ARRC, perjalanan Hafizh membuktikan kedudukan beliau sebagai antara legenda comeback terbaik dalam arena motosikal tempatan.

Apa pun, Murai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hafizh Syahrin atas kemenangan membanggakan ini. Moga terus melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi buat peminat permotoran tanah air.

ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2025Noor Suzana Abdul ManafSyahrin
https://lomp.at/ff70a
Share110Tweet69SendShare

KINI TRENDING

Foto - @sashaabdulaziz (IG)
Lokal

[VIDEO] Kongsi Rawatan Bahagian Intim, Hantaran Sasha Abdul Aziz Buat Ramai ‘Triggered’

by Nurul A.
January 21, 2026

Tak habis-habis cetuskan kontroversi. Kali ini nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Sasha Abdul Aziz menjadi bualan ramai selepas berkongsi...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Foto - @syifahadju (IG) / @ahmaddhaniofficial (IG)
Indonesia

Gara-Gara Kewangan Terjejas, Ahmad Dhani ‘Cancel’ Majlis Sambut Menantu

by Nurul A.
January 19, 2026

Nampaknya tak lama lagi kita dapat melihat majlis perkahwinan mewah anak kedua Ahmad Dhani iaitu El Rumi dan pasangannya, Syifa...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara