• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Yuna Nasihati Wanita Yang Obses Nak Kulit Putih

by Puteri Alia
June 2, 2021
Foto - Instagram @yuna

Foto - Instagram @yuna

Share on Facebook

Hentikan pakai produk memutihkan kulit wajah bermula dari sekarang, inilah yang ingin disampaikan oleh Yuna menerusi hantarannya di Instagram Story semalam.

Menerusi intipan Murai.my, Yuna berkongsi screenshot dari sebuah video yang berkisarkan tiga individu berkulit gelap memilih untuk menggunakan produk memutihkan kulit kerana pernah di buli dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling.

‘Buat Muka Jadi Lebih Hodoh’ – Yuna

Dari perkongsian di Instagram Story milik Yuna itu, penyanyi berbakat ini mahu orang ramai tidak lagi menggunakan produk memutih yang menghakis kulit wajah.

Kerana memakai produk sedemikian hanya membuatkan syarikat kosmetik menjadi kaya-raya, dan diri sendiri berisiko menghidap masalah kerosakan organ.

Bukan itu saja, ia juga membuatkan kulit wajah menjadi lebih hodoh akibat kesan sampingan yang keluar dari pemakaian produk tersebut.

Foto – Instagram @yuna

“Kulit gelap sangat CANTIK! Berhenti jadikan syarikat yang menjual produk menghakis kulit jadi kaya-raya, mereka bukan hanya mencederakan kulit dan organ kamu. Malah mereka juga menjual idea yang kamu perlu miliki kulit yang cerah, untuk menjadi cantik yang mana ianya menjijikkan dan PALSU belaka.

Mereka akan pastikan yang kamu berasa hodoh supaya mereka dapat membuat DUIT.” Kongsinya di Instagram

Keluar Dari ‘Beauty Standard’ Dan Sayangi Kulit Sendiri

Foto – Instagram @yuna

Bukan itu saja, Yuna juga menyatakan bahawa kita semua harus keluar dari beauty standard yang tidak benar dan belajar untuk menerima dan menyayangi kecantikan semulajadi diri.

“Kita juga perlu keluar dari trauma masa silam atau ajaran generasi lama yang menganggap kulit cerah itu lebih baik. Belajarlah! Dan sayangi kecantikan semulajadi kamu sendiri. Kamu berhak yang lebih baik dari standard kecantikan yang dah lama ini.” Kongsinya lagi di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by seen.tv (@seen.tv)

Murai.my berjaya menemui video tersebut dan dari intipati video itu, stereotaip dan beauty standard terhadap warna kulit gelap menjadi punca mengapa ramai orang memilih untuk pakai produk memutihkan kulit walaupun produk tersebut beri kesan buruk sebenarnya.

Sepatutnya dalam zaman moden dengan pemikiran terbuka alaf 21 ini, kita semua harus bebaskan diri dari penjara beauty standard yang tidak betul ini dan sayangi warna kulit sendiri kerana itu adalah kecantikan diri yang abadi sebenarnya.

Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya
beauty standardprodukstereotaipYuna
https://lomp.at/hd403
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Siti Nurhaliza Menyanyi Guna Mikrofon Murah-“Suara Tetap Power”

by Noah Ab
October 27, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menyanyi menggunakan mikrofon yang disediakan pihak pusat membeli belah. https://www.tiktok.com/@haery_dean/video/7565183742470262036?_t=ZS-90s9ZgF03bM&_r=1...

Read more
Foto - Antara News
Bollywood

[FOTO] Penampilan Shah Rukh Khan Untuk Filem ‘King’ Tular, Nampak Kacak Bersut Hitam Sambil Acu Pistol

Info untuk peminat, King of Bollywood iaitu Shah Rukh Khan kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem 'King' yang dinanti-nantikan...

Read more
by Nurul A.
September 29, 2025
Foto - @mishaomar (IG)
Lokal

Kini Misha Omar Pula Yang ‘Tawan’ Times Square, New York- “Saat Yang Tidak Dapat Dilupakan…”

Selepas Ernie Zakri, kini tiba pula giliran penyanyi tersohor tanah air iaitu Misha Omar menghiasi papan iklan ikonik di Times...

Read more
by Nurul A.
September 30, 2025
Foto - @amitabhbachchan (IG)
Bollywood

Kerana Kemalangan Filem Ini, Jantung Amitabh Bachchan Berfungsi Sekitar 25%

Pelakon veteran Bollywood, Amitabh Bachchan bukan sekadar bintang skrin besar tetapi juga menjadi inspirasi kepada ramai orang. Pada usia 82...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Spotlight

Keluarga Ghazali Menang Besar, Rangkul Juara

Keluarga Ghazali sekali lagi membuktikan dominasi mereka dalam arena Muay Thai apabila dua beradik, Elias Ghazali bin Zulfikar atau lebih...

Read more
by Aisy
December 8, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore