Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Zahirah Macwilson Akui Letih Urus Kerja & Rumahtangga Sendirian

Ia berikutan suaminya telah mula menjalani penggambaran di set.

by Puteri Alia
November 2, 2021
Share on Facebook

Wanita masa kini tidak terlepas dengan bebanan berat, apatah lagi setelah bergelar isteri yang mempunyai pelbagai tanggungjawab harus digalas. Dari seorang isteri, ibu, anak dan cucu kepada keluarga.

Luahan para isteri yang tertekan kerana terlalu letih mengurus rumahtangga dan kerja, kerap berlaku dalam masyarakat. Dan hal yang sama sedang dilalui oleh pelakon jelita Zahirah Macwilson yang berkongsi serba sedikit tekanan yang dialaminya di Insta Stories.

Terlalu Letih Urus Seorang Diri

Berdasarkan perkongsian ibu kepada Isaac ini, Zahirah telah menggalas beberapa tanggungjawab seorang diri tanpa suaminya,  Aiman Hakim Ridza berikutan pelakon itu telah mula menjalani penggambaran di set.

“Menjaga Isaac, menjaga nenek, mengemas rumah, membersih, memasak, mengurus kerja saya sendiri/content.

Belum lagi sebut pasal Isaac hilang selera makan sebab sakit gigi nak tumbuh (buatkan dia makanan dan dia langsung tak ada rasa nak makan).

Mengurus segalanya sendirian..

Sejujurnya saya tak pernah rasa hilang tenaga macam ni.” Luahnya

Foto – Instagram @zahirahmacwilson

Diri Pun Tak Terurus, Terlupa Makan

Bukan itu sahaja, pelakon ini turut akui akibat terlalu sibuk dengan anak dan mengurus rumahtangga, dirinya juga kadang-kala tidak terurus dan terlupa untuk makan.

“Harus luahkan sedikit sebab saya terlalu penat + lengan lenguh (dukung 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan). Dah tak kisah dengan rupa saya sebab.. Keutamaan dah berbeza sekarang.” Luahnya lagi

Menurut pelakon ini juga, dia bukan ingin merungut atau berkeluh-kesah, namun apa yang dirasai perlu diluahkan terutama apabila melalui masa yang sukar dan tertekan.

Foto – Instagram @zahirahmacwilson

“Bukan nak mengeluh atau apa-apa tapi cuma ingin luahkan.

Ada sesiapa yang rasa penat hingga sampai satu masa mereka ingin breakdown atau menjerit?

Tidak kira sama ada anda ada seorang anak atau lima, tiada anak dan cuma melalui saat yang sukar dan saat yang menekan..

Saya rasai anda.

Luahkannya.

Cuma ingin anda tahu, anda lakukan kerja yang menakjubkan.

Semuanya akan jadi baik.” Luahnya

Wanita sama ada yang belum berkahwin mahupun sudah berumahtangga, perlu menjaga kesihatan mental dan fizikal. Betul kata Zahirah, ada masa-masa kita perlu luahkan apa yang terbuku untuk melepaskan tekanan yang dialami.

[VIDEO] Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam, Para Wanita Luah Rasa Cemburu!-"Mana Perut Dia..."
zahirah macwilson
https://lomp.at/n50w1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara