Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zara Zya Menangis, Kucing Kesayangan Beshetik Disahkan Hidap Leukemia FeLV

by Puteri Alia
September 25, 2025
Share on Facebook

Pelakon popular Zara Zya berdepan khabar duka apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Beshetik disahkan menghidap penyakit Feline Leukemia Virus (FeLV). Berita itu dikongsi sendiri oleh Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 39, menerusi satu hantaran di platform Threads, sekali gus mengundang simpati peminat serta pencinta haiwan.

Menurut Zara, berita mengenai keadaan kesihatan kucingnya itu benar-benar menyentuh hati kerana Beshetik telah menjadi sebahagian daripada hidupnya sejak lebih sedekad lalu. Namun begitu, dia tetap memilih untuk kekal tabah demi memberikan semangat kepada haiwan peliharaan yang cukup disayanginya itu. “Baru dapat tahu hari ini (semalam), kucing kesayangan saya, Beshetik ada leukemia (FeLV). Memang sedih bila dengar tetapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Zara turut meminta pandangan daripada pengguna media sosial yang pernah berdepan situasi serupa dalam menjaga kucing yang menghidap penyakit kronik tersebut. Katanya, dia mahu belajar cara terbaik supaya Beshetik tetap merasa bahagia walaupun dalam keadaan sakit. “Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ini? Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit. Doakan Beshetik ya,” tulisnya.

Hantaran tersebut segera dihujani dengan ratusan komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman dan memberikan kata-kata semangat. Ada yang menyalurkan pelbagai tip penjagaan, termasuk aspek pemakanan, kebersihan serta rawatan sokongan yang boleh membantu kucing penghidap FeLV untuk bertahan lebih lama. Zara bagaimanapun mengakui bahawa kisah-kisah sedih yang dikongsi turut mengganggu emosinya. “Saya hargai semua cerita tentang anak kucing kalian, yang beri semangat tu terima kasih sangat. Banyak tips dan nasihat yang saya dapat. Tetapi cerita sedih itu tak payahlah. Buat saya rasa tak bersemangat,” ujarnya.

Sakit Pinggang Selamatkan Nyawa – Zara Zya Tak Sangka Diserang Kanser Tahap Satu

Zara yang sudah memelihara Beshetik sejak lebih 10 tahun lalu jelas mempunyai ikatan kasih sayang yang cukup mendalam dengan kucing berkenaan. Perkongsian itu bukan sahaja menyentuh hati peminat, tetapi juga membuka ruang kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit FeLV yang sering dianggap antara penyakit serius dalam kalangan kucing. Bagi Zara, apa yang paling penting kini ialah terus memberi kasih sayang sepenuhnya agar Beshetik dapat menjalani hari-harinya dengan tenang dan penuh bahagia.

zara zya
https://lomp.at/4ldna
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara